Pakar Perunding Dr. Rafidah persoal bagaimana ‘individu bangkrap’ oleh Ketuai Jabatan Perubatan?

PETALING JAYA: Pakar nefrologi, Dr Rafidah Abdullah menggesa sebuah universiti awam menjelaskan kenapa individu diisytiharkan bankrap dibenarkan mengetuai satu daripada jabatan di bawah fakulti perubatannya.

Katanya, naib canselor universiti itu perlu menjelaskan perkara itu memandangkan peraturan kerajaan melarang individu bankrap menyertai perkhidmatan awam.

“Universiti XX, tolong jelaskan. Jangan memalukan universiti,” katanya dalam catatan Facebook tanpa menamakan universiti terbabit.



Menurutnya, beliau akan memfailkan aduan rasmi lebih khusus.

Rafidah turut mendakwa ahli akademik itu belum berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia tahun ini, syarat untuk doktor mengamalkan perubatan secara sah.

Beliau bertanya sama ada rakyat Malaysia sedia dirawat atau dibedah doktor yang tidak dibenarkan mengamalkan perubatan secara sah dan individu bankrap yang belum menjelaskan hutang tertunggak.

Sementara itu, seorang jurucakap universiti terbabit memberitahu FMT, siasatan sedang dijalankan dan pengumuman akan dibuat pada Isnin.



FMT sudah meminta maklum balas Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir.

Status ahli akademik itu dibangkitkan di media sosial selepas beliau ditemu bual sebuah portal berita baru-baru ini.

Semakan di Jabatan Insolvensi mengesahkan ahli akademik itu diisytiharkan bankrap pada 2014 dan status itu kekal setakat Khamis lalu.

FMT menghubungi ahli akademik itu pada Rabu lalu.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker