Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah

Emma Maembong minta maaf.

Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah

“Saya minta maaf. Tidak sepatutnya saya ambil tahu atau masuk campur urusan rumah tangga orang lain.”

Demikian kata pelakon Emma Maembong yang tampil memohon maaf atas salah faham yang berlaku sehingga dihujani pelbagai pertanyaan daripada netizen apabila dia dan adiknya, Chacha Maembong terkait dalam isu membabitkan isu kontroversi pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz seperti didedahkan oleh wanita dikenali Sarah Yasmine.



Enggan mengeruhkan isu dirinya yang didakwa memburukkan isteri Aliff iaitu Bella Astillah, Emma tampil memuat naik video penjelasan di Instagram bagi ‘membersihkan’ namanya daripada menjadi sasaran netizen.

Mengakui ada menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan kepastian mengenai khabar angin membabitkan Bella dalam kalangan kru belakang tabir, Emma bagaimanapun menegaskan dia tersilap langkah apabila bertanyakan perkara itu kepada Ruhainies kerana ingin diketahuinya.

“Betul saya ada berbual dengan Ruhainies mengenai cerita yang saya dengar fasal Bella. Antara Ruhainies dan Bella, saya lebih rapat dengan Ruhainies kerana kami sering berkongsi masalah bersama. Jadi, apabila ada orang bercerita fasal Bella, saya pun terus ‘voice note’ Ruhainies dan bertanyakan khabar angin itu.

“Apa yang saya katakan adalah satu pertanyaan selepas mendengar orang di set bercakap (mengenai Bella). Saya tidak fitnah, mengutuk atau menyebelahi mana-mana pihak. Bagi saya, tidak manis kalau saya bertanya perkara itu kepada Bella dalam situasi yang dihadapinya waktu itu, jadi saya tanya Ruhainies.



“Saya akui ia adalah silap saya kerana sibuk bertanya. Bagaimanapun ‘voice note’ saya itu tiba-tiba sudah sampai di tangan Bella. Kebetulan, ketika itu saya dapat bercakap dengan Bella dan menjelaskan perkara sebenar. Saya pun ada cakap nak jumpa Bella, tapi tiada rezeki.

“Bella pun sudah jelaskan mengenai persoalan yang berbangkit itu kepada media. Saya minta maaf kepada semua atas salah faham yang terjadi. Perkara ini tidak akan jadi begini kalau saya tanya terus kepada Bella, walhal cara itu lebih baik,”katanya.

Menurut Emma, sebab utama dia memilih untuk bertanya cerita yang berlegar di set penggambaran mengenai Bella kepada Ruhainies kerana hubungannya dengan Bella hanya sekadar rakan dalam industri seni.

“Sepanjang saya sibuk menjalani penggambaran, kes Bella memang tular dalam kalangan kru produksi. Ramai yang bertanya mengenai kisah rumah tangganya, tapi saya tegaskan yang saya tidak tahu-menahu.



“Jadi ketika mendengar cerita mengenai Bella, ada pelbagai cerita yang timbul dan pelbagai versi. Masa saya dengar pun saya rasa kasihan terhadap Bella. Sudah tentu sebagai wanita saya tahu kesakitan yang dilalui itu.

“Tapi ketika berborak dengan kru produksi, ada pula cerita di sebaliknya membuatkan saya tertanya-tanya. Saya kenal dengan Bella dan Ruhainies. Hubungan kami baik-baik saja, tapi antara saya dan Bella, kami hanya rakan dalam industri dan sering berjumpa di acara hiburan saja berbanding Ruhainies yang saya lebih rapat,”katanya.

Terdahulu, wanita dikenali Sarah Yasmin yang mendakwa ‘kekasih gelap’ kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz nampaknya enggan berdiam diri apabila terus memuat naik perbualan Ruhainies dengan Aliff di aplikasi WhatsApp.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, Chacha Maembong turut terpalit dalam perbualan antara mereka.



Menerusi perbualan itu, Ruhainies mendakwa Emma baru menghubunginya dan Chacha pula mendakwa kenyataan Bella seolah-olah ingin menyelamatkan diri, selain orang bodoh saja yang akan mempercayai kenyataan dibuatnya itu. HM

Emma Maembong tersilap langkah ‘voice note’ Ruhainies isu Bella Astillah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker