Sarah Yasmin dedah mesej ‘plan’ Ruhainies, Aliff Aziz nak jatuhkan Bella


Sarah Yasmin dedah mesej ‘plan’ Ruhainies, Aliff Aziz nak jatuhkan Bella

Wanita yang mendakwa kekasih kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine sekali lagi mendedahkan beberapa perbualan romantis dan perancangan yang disusun pelakon Ruhainies bersama Aliff di aplikasi WhatsApp.

Sarah berkata, tindakan pendedahan yang dilakukannya itu adalah sebagai balasan selepas berasa ditipu oleh Aliff dan Ruhainies.

“Ini adalah apa yang anda dapat apabila menipu saya sebanyak dua kali ‘NRF’ (Nur Ruhainies Farehah atau Ruhainies). Dia (Aliff) juga tahu bagaimana saya boleh bertindak apabila dibohongi,” tulisnya.



Menerusi pendedahan yang dikongsikan di Instagram Story itu, kedua-duanya seperti ‘cacing kepanasan’ apabila saling mengutuk Bella dengan isu yang berlaku membabitkan mereka selepas insiden ditangkap khalwat pada awal Mac lalu.

Antara perbualan yang menarik perhatian adalah Ruhainies yang seolah-olah kurang senang apabila Bella dilantik sebagai wajah baharu produk kecantikan yang sebelum ini melantiknya sebagai wajah produk itu.

Ruhainies mendakwa Bella seperti tidak malu apabila sanggup menggantikan tempatnya dan menerima tawaran itu serta tergamak menggelar produk berkenaan dan Bella dengan perkataan tidak baik.

Dalam dakwaan perbualan kedua-dua mereka yang didedahkan itu, dapat dilihat juga ayat-ayat romantis antara Ruhainies dan Aliff apabila saling mengucapkan rasa rindu dan cinta.



Tidak hanya itu, mereka juga ‘teguh’ dalam mendepani ujian yang berlaku bersama-sama serta percaya dengan perancangan yang sudah disusun atur.

Pada masa sama, Sarah turut mendakwa Ruhainies seorang yang suka memanipulasi sehingga sanggup membiayai kos peguam untuk Aliff.

Namun, Sarah turut membangkitkan persoalan sama ada Ruhainies atau kekasihnya yang membayarkan kos peguam untuk Aliff itu.

“Suka sangat nak memanipulasi dia (Aliff) sampai dia pun degil nak ikut dengar kata sebab kau yang bayarkan peguam dan semua benda. Adakah anda atau teman lelaki anda yang membayar untuk dia sebab kekasih anda tidak tahu mengenai hubungan kalian? ,” tulisnya.



Terdahulu Sarah mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan seorang aktres di sebuah kondominium di ibu kota.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa pelakon yang ditangkap khalwat bersama Aliff turut menghasut pelakon kelahiran Singapura itu untuk menjatuhkan isterinya, Bella.

Sebelum ini kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff didakwa ditangkap khalwat bersama Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.



Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguhkan kerana Aliff tidak hadir disebabkan terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Namun, Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerai itu dihadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. HM



Sarah Yasmin dedah mesej ‘plan’ Ruhainies, Aliff Aziz nak jatuhkan Bella

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker