Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella


Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella

Bella Astillah kecewa dan amat terkejut apabila mendapat tahu suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies didakwa berkomplot mahu menjatuhkannya selepas mereka ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu.

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff dan Ruhainies bijak mengambil kesempatan dengan menggunakan kesilapan lama yang dilakukannya sebagai cara untuk menunjukkan keburukannya kepada khalayak ramai.

“Ya Allah, saya sedih sangat. Saya tak nak dah berada di ‘crying’ era (menangis) tapi sangat terkejut bila baca perbualan mereka (Aliff dan Ruhainies) di WhatsApp itu.



“Ada juga ‘voice note’ dan bila saya baca, mereka nak menjatuhkan saya,” katanya.

Bella berkata, Aliff dan Ruhainies juga menggunakan kesilapan lamanya dulu semata-mata untuk menutup kes khalwat mereka.

“Perkara itu tidak elok melainkan saya masih melakukan perkara itu sampai sekarang. Fitnah yang disebarkan itu terlalu berat untuk menjatuhkan saya. Tapi apa yang saya nampak dalam perbualan mesej itu yang menekan Aliff untuk berbuat demikian adalah Ruhainies,” katanya.

Mengenai pendedahan wanita Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengenai Aliff dan Ruhainies, Bella berkata, ia menguatkan lagi dakwaan pasangan itu mempunyai hubungan istimewa.



“Sebenarnya saya mahu habiskan perkara ini cepat dan apa yang dikongsikan Sarah terlalu banyak. Cukuplah kebenaran itu di mana Aliff dan Ruhainies mempunyai hubungan,” katanya.

Bella berkata, dia juga memang sudah tahu hubungan Aliff dan Ruhainies dan pendedahan Sarah Yasmine itu mengukuhkan lagi apa yang terjadi.

“Walaupun pihak sana menidakkan dan cakap saya fitnah dan sebagainya sebelum ini. Di bulan puasa ketika itu takkanlah saya nak memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tanpa bukti,” katanya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff didakwa ditangkap khalwat bersama Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium mewah, di sini, pada 9 Mac lalu.



Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama.

Aliff bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya di hadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan mahkamah menetapkan 4 Jun nanti sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.



Menurut Sarah, pendedahan itu dilakukan selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhainies dan Mac lalu dan mendakwa pelakon itu menghasut Aliff untuk menjatuhkan Bella.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. HM

Aliff dan Ruhainies sanggup berkomplot jatuhkan Bella

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker