Mahathir kena lipat, “Lebih baik tumpu amal ibadat jangan sibuk soal PRK”

Dengan kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu bermula secara rasmi hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan ‘nasihat’ kepada Mahathir Mohamad.

“…elok tumpukan perhatian kepada amal ibadat saja,” kata Zahid.

Pengerusi BN itu berkata demikian ketika diminta mengulas ramalan Mahathir bahawa DAP akan mengekalkan kerusi itu kerana perpecahan undi Melayu.



Mahathir, yang mengasas dan meninggalkan dua parti berasaskan Melayu sejak keluar daripada Umno, dipetik portal dalam talian Free Malaysia Today sebagai berkata DAP berkemungkinan mengekalkan kerusi DUN itu kerana perpecahan di kalangan pengundi Melayu, manakala pengundi Cina tetap bersatu.

Mahathir berkata pada masa lalu, orang Melayu bersatu di bawah Umno, yang membolehkan parti itu dan BN memperoleh majoriti dua pertiga di parlimen.

Kempen PRK KKB bermula hari ini dengan pertandingan empat penjuru antara calon PH Pang Sock Tao dari DAP, calon PN Khairul Azhari Saut dari Bersatu, calon Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainuddin dan calon bebas Nyau Ke Xin.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, bulan lalu.



Secara berasingan, Zahid turut menyeru ahli politik termasuk daripada BN supaya berhenti menggunakan video lama untuk berkempen memandangkan realiti politik di negara ini telah berubah.

Ini selepas Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon Jumaat lalu berkongsi video lama Pang membidas BN di media sosial.

“Ada saja video lama pemimpin parti Islam minta sokong DAP.

“Oleh itu, pada pendapat saya, tutup buku lama buka buku baru,” kata Zahid.



Umno sedia sokong Anwar

Sementara itu, Zahid menegaskan semua parti dalam kerajaan terbuka untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri untuk penggal kedua.

“Kami mempunyai komitmen yang berkesanambungan dan akan komited untuk menyokong ini (Anwar sebagai perdana menteri),” kata timbalan perdana menteri itu.

Tambahnya, Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang akan menentukan hubungan semua 18 parti dalam kerajaan perpaduan, yang berkongsi objektif yang sama untuk mempertahankan kestabilan politik negara.



“PRU16 akan menunjukkan bagaimana kestabilan politik dan perpaduan hati dan fikiran dalam kalangan 18 parti ini dapat dipertahankan.

“Pada pendapat saya, 152 ahli parlimen yang menunjukkan lebih dua pertiga majoriti mesti dikekalkan,” katanya.

Bulan lalu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam episod podcast ‘Keluar Sekejap’ bahawa impian parti itu adalah untuk menjadikan Anwar berkhidmat penggal kedua sebagai perdana menteri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker