Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus (Video)

Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus

GARA-gara tertekan hon akibat panik menjadi punca insiden kekecohan di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong, Jalan Sultan Azlan Shah dekat Pulau Pinang, 7.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya telah mengesan video tular kekecohan tersebut yang berlaku ketika berlangsungnya upacara pengebumian Pegawai Memerintah Skuadron 503, Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli.



Beliau berkata, siasatan mendapati pengadu yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dan berasal dari Pulau Pinang telah terlanggar sebuah motosikal ketika memandu di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong.

“Pengadu mendapati orang ramai telah mengepung keretanya dan pengadu telah tertekan hon akibat panik dengan situasi tersebut.

“Tiba-tiba kereta pengadu telah dikerumuni orang ramai dan keretanya mengalami sedikit kerosakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kekecohan tersebut telah berjaya dileraikan oleh anggota polis dan Tentera Laut Diraja Malaysia yang berada di lokasi kejadian.



Katanya, pengadu mengaku tidak tahu akan upacara tersebut dan secara tidak sengaja telah tertekan hon kereta.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis. Utv

Tertekan hon punca kekecohan ketika upacara pengebumian Komander Muhammad Firdaus



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini



‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan



Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker