Kalau dah pembersih, peminat Jepun kutip sampah di stadium Piala Dunia 2026

Kalau dah pembersih, peminat Jepun kutip sampah di stadium Piala Dunia 2026

Kalau dah pembersih, peminat Jepun kutip sampah di stadium Piala Dunia 2026
PEMINAT bola sepak Jepun mengutip sampah di stadium selepas kemenangan menentang Jerman semasa Piala Dunia Qatar 2022. – AGENSI

ARLINGTON, Texas – Jaringan gol saat akhir dari Jepun untuk seri 2-2 dengan Belanda membuatkan peminat Samurai Blue riuh-rendah tetapi mereka tidak serta-merta meraikan selepas perlawanan berakhir, lapor badan penyiaran abc hari ini.

Seperti setiap kali Piala Dunia berlangsung, peminat Jepun kekal di Stadium Dallas di Arlington lama selepas perlawanan berakhir untuk membersihkan sampah yang ditinggalkan, tradisi yang menarik perhatian setiap empat tahun sejak 1998 di Perancis, penampilan pertama negara itu di Piala Dunia.

Budaya tersebut sangat berbeza dengan peminat bola sepak tradisional lain yang meninggalkan sampah merata-rata untuk dibersihkan oleh pekerja stadium. Dan pada tahun-tahun lalu, peminat Jepun malah membersihkan bilik persalinan dan meninggalkan nota terima kasih pada beg sampah.

Menurut agensi berita Associated Press (AP), tingkah laku murni itu diajar bermula di sekolah rendah dan diinspirasikan oleh frasa ‘tatsu tori ato wo nigosazu,’ yang bermaksud tinggalkan sesuatu seperti yang anda temui.

Selain itu, AP mengatakan, terdapat sedikit tong sampah awam di Jepun, jadi orang ramai sering membawa pulang sampah mereka.

Jepun akan berada di Stadium Monterrey di Mexico untuk perlawanan mereka yang seterusnya pada 20 Jun ini untuk berdepan dengan Tunisia. – AGENSI

Kalau dah pembersih, peminat Jepun kutip sampah di stadium Piala Dunia 2026


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker