Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh

Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh

Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan jemputan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi pentas politik mengundang persoalan mengenai keikhlasan sebenar pelawaan tersebut.

Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Salleh berkata, rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan jemputan itu apabila ia terlebih dahulu diumumkan di hadapan penyokong parti sedangkan surat jemputan rasmi masih belum diterima oleh Menteri Besar Johor atau Kerajaan Negeri.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Johor berkata, tindakan berkenaan menimbulkan persepsi bahawa pengumuman tersebut dibuat untuk membentuk naratif politik dan meraih publisiti, bukannya atas semangat profesionalisme.

“Mengapa jemputan berkenaan diumumkan secara terbuka dalam program politik terlebih dahulu sedangkan surat jemputan rasmi masih belum diterima oleh beliau mahupun Kerajaan Negeri Johor?

“Apabila jemputan dibuat di pentas politik sebelum dihantar secara rasmi, sudah tentu rakyat akan tertanya-tanya sama ada ia benar-benar “ikhlas” atau sekadar cubaan menutup persepsi?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jasnizam Sifatkan Presiden UMNO Pemimpin Berani Hadapi Pelbagai Tekanan

“Sekiranya jemputan itu benar-benar keikhlasan, kenapa tidak disampaikan melalui saluran rasmi, bukannya dijadikan bahan pengumuman di hadapan penyokong parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Haslinda yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis menegaskan kesungguhan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih selesa, cekap dan berkualiti terus dibuktikan menerusi pelbagai inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan dengan peruntukan mencecah hampir RM800,000.

“Kerajaan negeri melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) turut menyediakan perkhidmatan bas pengantara bagi memastikan perjalanan rakyat tidak terjejas serta dapat diteruskan dengan lancar.

“Tidak terhenti di situ, kerajaan negeri juga mengambil langkah proaktif dengan menyelaraskan laluan Bas Muafakat Johor bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan lebih efisien, berkesan dan memenuhi keperluan semasa masyarakat,” ujarnya.

Seterusnya kata beliau, usaha berterusan yang dilaksanakan membuktikan kerajaan negeri bukan sekadar merancang di atas kertas, sebaliknya bertindak secara nyata dalam merealisasikan manfaat terus kepada rakyat.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN


“Usaha berterusan ini membuktikan bahawa kerajaan negeri bukan sekadar merancang, tetapi bertindak secara nyata dalam memastikan setiap rakyat menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih baik, selesa dan berkualiti.

“Ianya selaras dengan aspirasi menjadikan Johor sebuah negeri maju yang progresif, inklusif, dan mampan menjelang tahun 2030,” tegasnya. – UMNO Online

Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Keluarga, Suntik Semangat Pelajar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker