Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan

Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan

Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan

 

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pengerusi majlis pada Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yang menggelarkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebagai “Undang Kelima” adalah sangat biadab dan tidak bermaruah.

Tegasnya, gelaran tersebut bukan sahaja tidak wajar malah mencerminkan sikap tidak menghormati institusi adat yang menjadi tunjang identiti dan warisan Negeri Sembilan.

Katanya, Institusi Undang merupakan simbol kedaulatan adat yang tidak boleh dijadikan bahan jenaka, sindiran atau alat untuk mengangkat mana-mana tokoh politik.

Pemuda UMNO Negeri Sembilan mengecam keras gelaran “Undang Kelima” yang disebut oleh beliau ketika menjadi pengerusi majlis bagi Pelancaran Jentera Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan baru-baru.

“Institusi Adat bukan bahan gurauan dan mainan. Ia perlu dihormati oleh sesiapa pun apatah lagi seseorang yang memang bermastautin di Negeri Sembilan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jasnizam Sifatkan Presiden UMNO Pemimpin Berani Hadapi Pelbagai Tekanan

“Tidak kira apapun alasan beliau, sebagai salah seorang rakyat dari Negeri Sembilan sepatutnya perlu menjaga sensitiviti majoriti masyarakat Negeri Sembilan yang berpegang teguh pada Adat Perpatih apatah lagi beliau merupakan salah seorang yang memegang jawatan dalam kerajaan,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut Fadil yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban menegaskan tindakan yang memperlekehkan institusi adat mencerminkan ketandusan rasa hormat terhadap warisan negeri, malah boleh mencetuskan kemarahan rakyat yang menjunjung tinggi nilai budaya dan tradisi.

“Rakyat Negeri Sembilan perlu bijak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi menjaga institusi adat yang telah bertapak selama ratusan tahun di Negeri ini.

“Jangan izinkan Institusi ini diperlekehkan oleh insan yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik mereka. Bak kata pepatah ‘Biar Mati Anak Jangan Mati Adat’,” tegasnya lagi.

Terdahulu, tular rakaman video Majlis Pelancaran Jentera PH Negeri Sembilan yang memaparkan pengacara majlis menggelar Anthony Loke sebagai “Tok Undang yang kelima” secara berseloroh. – UMNO Online

Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Keluarga, Suntik Semangat Pelajar

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker