2 lelaki China disyaki scammer ditahan, 45 telefon dan 142 kad sim dirampas
2 lelaki China disyaki scammer ditahan, 45 telefon dan 142 kad sim dirampas

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warga China dipercayai mendalangi kegiatan scammer menerusi serbuan di kawasan belukar Kampung Siram di Pasir Mas, awal pagi tadi.
Serbuan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan oleh Batalion 8 PGA dengan turut merampas 45 unit telefon bimbit, 142 kad sim dan dua kad memori membabitkan nilai lebih RM48,000.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad, berkata ketika serbuan dilakukan pihaknya mengesan dua lelaki warga China berusia 32 dan 34 tahun dalam keadaan mencurigakan.
“Kedua-dua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah awal pagi tadi.
“Suspek dipercayai terbabit aktiviti scammer dalam talian berdasarkan kuantiti 45 telefon bimbit dan dan 142 kad sim dalam milikannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dakwaan ADUN BN Negeri Sembilan ‘Tebuk Atap’ Hanya Cubaan Alih Perhatian Rakyat
- PTPTN Terus Prihatin, RM60.1 Juta Disalur Untuk Persediaan Awal Pelajar – Norliza
- Kestabilan Negara Ditentukan Oleh Kebijaksanaan Mentadbir Masyarakat Majmuk
UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN
“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/62,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Katanya, tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
“Risikan dan pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan PATI,” katanya.
2 lelaki China disyaki scammer ditahan, 45 telefon dan 142 kad sim dirampas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh
- Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan
- Disiplin Organisasi, Komitmen Jentera Kunci Kejayaan BN Hadapi PRN – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.