Empat sindiket pusat panggilan dibongkar, 41 warga asing ditahan

Empat sindiket pusat panggilan dibongkar, 41 warga asing ditahan

Empat sindiket pusat panggilan dibongkar, 41 warga asing ditahan
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menunjukkan beberapa individu sindiket pusat panggilan yang ditahan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. – Foto NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Empat sindiket pusat panggilan dibongkar dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula 8 hingga 10 Jun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siri serbuan berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, IPD Serdang dan IPD Shah Alam.

Katanya, sindiket berkenaan dipercayai terbabit dengan aktiviti jenayah berkaitan dengan penipuan dalam talian, tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud serta love scam termasuk penawaran khidmat seks tidak wujud.

“Dalam siri serbuan yang dijalankan di premis-premis kediaman, 41 individu termasuk 11 wanita warganegara asing berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 48 tahun

Turut ditahan yang mana mereka ini dipercayai bertugas sebagai operator.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN


“Dalam empat operasi berkenaan, polis turut merampas antaranya telefon bimbit, komputer riba, router, modem serta wang tunai dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM409,200,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan mula beroperasi sejak Januari hingga April lalu yang mana sindiket berkenaan menyasarkan mangsa warga Eropah, Amerika Syarikat dan China.

Katanya, kesemua tangkapan dipercayai warga sebuah negara di Asia Timur dan polis masih mengesan tarikh kemasukan mereka ke negara ini menerusi semakan silang bersama pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kesemua sindiket berkenaan tidak berkaitan antara satu sama lain dan usaha mengesan dalang masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan,” katanya.

Empat sindiket pusat panggilan dibongkar, 41 warga asing ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker