Tukang cuci wanita antara tiga ditahan disyaki jual sijil cuti sakit palsu
Tukang cuci wanita antara tiga ditahan disyaki jual sijil cuti sakit palsu

PEKAN: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci kerana disyaki terbabit dengan kegiatan menjual sijil cuti sakit palsu di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata sijil cuti sakit rasmi dikeluarkan sebuah hospital di sini, dipercayai dibekalkan seorang jururawat dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan.
Menurutnya, kegiatan itu terbongkar selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan menerima maklumat membabitkan kegiatan penjualan sijil cuti sakit menggunakan dokumen rasmi kerajaan di sini, 12 Mei lalu.
Katanya, maklumat itu diperolehi daripada seorang individu mendakwa membeli sijil cuti sakit dikeluarkan sebuah klinik kerajaan daripada seorang lelaki dipercayai sebagai orang tengah.
“Berdasarkan maklumat itu, PKD Pekan menjalankan siasatan dalaman dan mendapati dokumen rasmi kerajaan berkenaan menggunakan nama, cop dan tandatangan seorang pegawai perubatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dakwaan ADUN BN Negeri Sembilan ‘Tebuk Atap’ Hanya Cubaan Alih Perhatian Rakyat
- PTPTN Terus Prihatin, RM60.1 Juta Disalur Untuk Persediaan Awal Pelajar – Norliza
- Kestabilan Negara Ditentukan Oleh Kebijaksanaan Mentadbir Masyarakat Majmuk
UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN
“Bagaimanapun pegawai perubatan itu sudah bertukar ke hospital di luar daerah Pekan sejak 2023.
“Susulan itu PKD Pekan membuat laporan polis pada 10 Jun lalu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya menerusi kenyataan.
Mohd Zaidi berkata, hasil siasatan polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 dan 33 tahun di Kampung Marhum dan Kuala Pekan, di sini, jam 3 petang, tadi.
Menurutnya, semua suspek disyaki bertindak sebagai orang tengah untuk menjual sijil cuti sakit palsu itu.
Katanya, polis sedang mengesan seorang jururawat sebuah klinik kerajaan disyaki dalang utama menjual sijil cuti sakit rasmi kerajaan kepada dalam sindiket terbabit.
“Hasil siasatan mendapati dokumen dikeluarkan secara palsu itu adalah sebahagian daripada buku sijil cuti sakit rasmi kerajaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Lebih Elok, Manis Sekiranya Dilaksanakan Juga Di Peringkat Akar Umbi’
- JTDC: Perkukuh Padanan Bakat, Seiring Hasrat Negeri Johor Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan
Jasnizam Sifatkan Presiden UMNO Pemimpin Berani Hadapi Pelbagai Tekanan
“Sindiket terbabit dipercayai menjual sijil cuti sakit itu antara RM50 dan RM200,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Tukang cuci wanita antara tiga ditahan disyaki jual sijil cuti sakit palsu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh
- Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan
- Disiplin Organisasi, Komitmen Jentera Kunci Kejayaan BN Hadapi PRN – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.