Rakyat Switzerland tolak had populasi 10 juta

Rakyat Switzerland tolak had populasi 10 juta

Rakyat Switzerland tolak had populasi 10 juta
SEORANG rakyat Switzerland membuang undi di sebuah pusat pengundian di Bern, semalam. – AFP

GENEVA – Rakyat Switzerland secara rasminya menolak usul kontroversi untuk mengehadkan jumlah populasi negara kepada 10 juta orang menerusi pungutan suara yang diadakan semalam, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC)

Keputusan rasmi menunjukkan 55 peratus pengundi menolak usul berkenaan, manakala 45 peratus lagi menyokong, dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 60 peratus daripada populasi.

Usul tersebut dikemukakan oleh Parti Rakyat Swiss (SVP) berhaluan kanan yang telah lama berkempen di atas platform anti imigran.

Referendum yang memecahbelahkan itu berisiko menjejaskan perjanjian pergerakan bebas negara itu dengan Kesatuan Eropah (EU).

Usul tersebut juga ditentang oleh kerajaan, komunti perniagaan tempatan, dan semua parti utama lain.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN


Menteri Kehakiman Switzerland, Beat Jans menyambut baik keputusan referendum dan menyifatkan kemenangan undi itu sebagai ‘tanda kestabilan, keterbukaan dan kebolehpercayaan’.

Populasi Switzerland berkembang pesat sejak tahun 2002, apabila ia mencatatkan 7.3 juta orang.

Kini jumlah populasi negara itu adalah 9.1 juta orang, manakala 27 peratus bukan warganegara Switzerland.

Hujah SVP bahawa mengehadkan populasi akan mengurangkan tekanan ke atas pengangkutan, perumahan dan alam sekitar nampaknya tidak berjaya meyakinkan pengundi yang mencukupi.

Ramai pengundi nampaknya bimbang dengan prospek kehilangan pekerja yang sangat diperlukan dalam sektor pelancongan, hospital, dan rumah penjagaan. – AGENSI

Rakyat Switzerland tolak had populasi 10 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker