Bot nelayan hanyut ke perairan Indonesia diselamatkan
Bot nelayan hanyut ke perairan Indonesia diselamatkan

KUCHING: Sebuah bot nelayan tempatan yang hanyut ke perairan Indonesia, diselamatkan pihak berkuasa negara jiran itu, Jumaat lalu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz, berkata bot yang dikendalikan seorang tekong warga Laos dilaporkan terputus hubungan dan gagal dihubungi ketika menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia.
Beliau berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching mendapat maklumat itu melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada 12 Jun 2026.
“Hasil koordinasi antara pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia, Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI AL) berjaya mengesan bot berkenaan.
“Mereka kemudian menunda bot itu ke Pos Angkatan Laut (POSAL) Temajuk bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan TNI-AL mendapati bot berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan sepanjang insiden itu.
Pihak berkuasa Indonesia kemudian menghubungi Maritim Malaysia untuk menyerahkan bot berkenaan dan dibawa balik ke Malaysia.
Berikutan itu, aset Maritim Malaysia, KM Kota Kinabalu dan Pengawal 42 digerakkan ke lokasi pertemuan untuk menerima bot nelayan itu.
“Bot TNI AL bersama bot nelayan itu tiba di lokasi di sempadan perairan Malaysia–Indonesia di Tanjung Datu, Sarawak, pada pagi semalam dan proses penyerahan rasmi bot itu kepada aset Maritim Malaysia berjaya disempurnakan.
“Maritim Malaysia turut menyalurkan bantuan bekalan diesel sebanyak 300 liter kepada bot nelayan itu bagi membolehkan pelayaran pulang ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas,” katanya.
Bot nelayan hanyut ke perairan Indonesia diselamatkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh
- Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan
- Disiplin Organisasi, Komitmen Jentera Kunci Kejayaan BN Hadapi PRN – Rosni
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.