Tiga premis dua tingkat terbakar

Tiga premis dua tingkat terbakar

Tiga premis dua tingkat terbakar
Kebakaran tiga premis dua tingkat dalam kejadian di Jalan Balik Pulau, di sini. NSTP/ FOTO IHSAN KOMUNITI PENANG SAFE

BALIK PULAU: Tiga premis dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Balik Pulau, di sini, pagi tadi.

Lapan individu terdiri daripada tiga pasangan suami isteri dan dua pekerja yang masing-masing berada dalam premis berkenaan berjaya menyelamatkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata panggilan diterima pihaknya pada jam 11.49 pagi.

Katanya, operasi pemadaman api membabitkan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau serta dibantu BBP Seri Balik Pulau dan BBP Bayan Baru selain tujuh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan tiga unit kedai dua tingkat dengan anggaran kemusnahan antara lima hingga 80 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

John berkata, kebakaran dapat dikawal kira-kira sejam kemudian sebelum kerja ‘overhaul’ dijalankan.

“Punca dan kerugian masih dalam siasatan, ” katanya lagi.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Shukor Zakariah menerusi hantaran di Facebook berkata kejadian dipercayai bermula di kedai jualan uniform sekolah sebelum merebak ke kedai bunga bersebelahan.

“Ia kemudian membabitkan sebahagian premis kedai kosmetik di tingkat atas,” katanya.

Tiga premis dua tingkat terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker