Nahas 4 maut: Treler hempap kereta terbakar ketika cuba dialih

Nahas 4 maut: Treler hempap kereta terbakar ketika cuba dialih

Nahas 4 maut: Treler hempap kereta terbakar ketika cuba dialih
Treler menghempap kereta mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), dekat Bentong, Pahang terbakar tiba-tiba ketika dialihkan petang tadi. – Foto ihsan JBPM

KUALA LUMPUR: Treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik dan menghempap kereta mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), dekat Bentong, Pahang terbakar tiba-tiba ketika dialihkan petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata api dikesan ketika jengkaut yang digunakan untuk membantu proses itu cuba mengalihkan treler berkenaan.

Nahas 4 maut: Treler hempap kereta terbakar ketika cuba dialih
Kemalangan membabitkan treler dan kereta di LPT menyebabkan empat maut. – Foto ihsan JBPM

Bagaimanapun beliau berkata kebakaran berlaku selepas semua empat mangsa yang tersepit dalam Honda City yang remuk berjaya dikeluarkan.

Sementara itu, tular foto menunjukkan anggota bomba cuba memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

Nahas 4 maut: Treler hempap kereta terbakar ketika cuba dialih
Kemalangan membabitkan treler dan sebuah Honda City di LPT berhampiran Bukit Tinggi di Bentong, menyebabkan empat maut termasuk seorang bayi. – Foto ihsan JBPM

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN


Terdahulu, empat mangsa disahkan maut termasuk seorang bayi apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan treler.

Selain bayi berusia setahun, Nayla Afya Aizat, tiga lagi mangsa yang maut dikenal pasti A Halim Hasoon, 55; Rozita Buang, 58 dan Norbahyah A Halim, 26.

Semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu untuk membantu mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

Pemandu treler mengalami kecederaan pada kepala serta pinggul dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital

Treler membawa muatan habuk kayu yang terbalik dan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker