‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Kisah Pengorbanan Lelaki Ini Buat Ramai Tersentuh

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Umum mengetahui bahawa Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil kembali sebagai pengacara di Kool 101 sejak Mac lalu dan dalam segmen pagi dimana dia akan mendengarkan pelbagai perkongsian daripada pendengar.

Dari masalah, kisah gembira atau inginkan pendapat, pendengar boleh menghubungi Pak Nil ketika on air untuk menceritakan apa yang terpendam.



Terbaharu, seorang pendengar yang dikenali sebagai Azaly telah berkongsi bahawa dia menggalas tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit selepas bapanya meninggal dunia.

Menerusi perkongsiannya, dia memberitahu bahawa dia menghantar surat berhenti kerja tetapi ditolak oleh majikan dan dinasihati majikannya mengambil dulu cuti tanpa gaji.

Tambahnya, dia sudah bekerja di syarikat itu selama 14 tahun. Walau bagaimanapun, kesihatan ibunya tidak membaik dan dia meminta untuk berhenti kerja sekali lagi.

Majikannya itu telah menziarahinya dia dan memberikan pampasan kepadanya. Perkongsiannya itu telah mengundang sebak Pak Nil, Haiza dan Muaz.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sebak mendengar kisah Azaly yang berkorban untuk menggalas tanggungjawab menjaga ibunya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah.

Malah, ada juga netizen yang mendedahkan diri mereka turut berdepan dengan situasi sama dengan Azaly. Rata-rata netizen juga mendoakan agar urusan Azaly dipermudahkan. Vc

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)



Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker