Sharifah Husna Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Halim Radzi Sharifah
Foto Bersama Dipadam
Sharifah Husna Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Halim Radzi Sharifah

Selepas hampir empat tahun mempertahankan rumah tangga, pelakon Sharifah Husna akhirnya mengesahkan bahawa dia dan suaminya, Halim Radzi sudah bercerai dengan talak satu.
Memetik laporan mStar, sumber terdekat pasangan berkenaan berkata, Halim dipercayai melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.
Sharifah Husna sahkan sudah bercerai

Bagaimanapun, tarikh sebenar perceraian pasangan tersebut tidak didedahkan kepada umum. Husna juga difahamkan sudah selesai menjalani tempoh idahnya.
Halim Radzi pilih jaga privasi
@sharifahhusnaofficial Stay strong to all the women who are fighting silent battles❤️🩹
Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, Husna dan Halim dilaporkan bersetuju untuk berpisah secara baik.
Malah, kedua-duanya masih mengekalkan hubungan persahabatan sehingga kini.
Terdahulu, spekulasi mengenai rumah tangga pasangan ini tercetus apabila Husna dan Halim didapati memadam foto bersama di media sosial masing-masing.
Pssttt! Perceraian pastinya bukan keputusan yang mudah buat mana-mana pasangan. Semoga Sharifah Husna dan Halim Radzi terus diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan masing-masing serta dapat mengekalkan hubungan yang baik selepas berpisah.
Sharifah Husna Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Halim Radzi Sharifah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
- Marilah Kembali Ke Rumah Bangsa Yang Tidak Pernah Gadai Prinsip Perjuangan
- Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.