Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik

SHAH ALAM, 23 Jun – Peruntukan kerajaan adalah hak rakyat dan bukannya bahan propaganda politik atau hadiah daripada mana-mana parti, tegas Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain.
Menurut beliau, setiap peruntukan yang disediakan kerajaan merupakan amanah yang perlu diterjemahkan dalam bentuk pembangunan, peluang ekonomi, penyediaan kemudahan awam serta penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.
Katanya, kerajaan yang dipilih bertanggungjawab mengurus serta mengagihkan peruntukan demi kesejahteraan rakyat, justeru ia tidak sepatutnya dipersembahkan sebagai jasa atau kelebihan politik mana-mana pihak.
“Peruntukan kerajaan bukan hadiah politik dan bukan milik mana-mana parti. Ia adalah tanggungjawab kerajaan kepada rakyat yang mesti diterjemahkan dalam bentuk pembangunan, peluang ekonomi, kemudahan awam dan penyelesaian masalah rakyat,” katanya.
Beliau berkata, rakyat hari ini semakin matang dalam membuat penilaian dan tidak lagi mudah dipengaruhi dengan pengumuman angka peruntukan semata-mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
Sebaliknya, katanya, rakyat akan menilai sejauh mana peruntukan tersebut benar-benar sampai kepada sasaran serta memberi manfaat kepada kehidupan mereka.
“Rakyat tidak menilai berdasarkan jumlah yang diumumkan di atas pentas. Rakyat menilai berdasarkan apa yang benar-benar sampai dan memberi manfaat kepada kehidupan mereka.
“Rakyat tidak mengundi berdasarkan angka, rakyat mengundi berdasarkan hasil,” katanya.
Beliau menegaskan, keutamaan sesebuah kerajaan adalah memastikan setiap peruntukan dilaksanakan secara telus, berkesan dan memberi impak kepada kesejahteraan rakyat kerana itulah ukuran sebenar prestasi pentadbiran. – UMNO Online
Peruntukan Kerajaan Adalah Hak Rakyat, Bukan Bahan Propaganda Politik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
You must be logged in to post a comment.