Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan pihaknya sentiasa memastikan ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kekal dinamik, berimpak tinggi dan sejajar dengan agenda negara.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata ini kerana dalam tempoh tiga tahun terakhir ini, KPT telah melaksanakan anjakan strategik dengan turut memberi fokus kepada penyelidikan berasaskan impak yang mampu menyelesaikan cabaran industri dan masyarakat.
“… ianya tidak lagi sepenuhnya bergantung semata-mata kepada penyelidikan yang berasaskan kepada output akademik.
“Semua IPTA dan khususnya kepada lima buah Universiti Penyelidikan, terus diperkasakan untuk menerajui penyelidikan bertaraf global dalam bidang-bidang kritikal seperti Keterjaminan Makanan, Teknologi Hijau, Kecerdasan Buatan, dan Kejuruteraan Termaju atau Advanced Technology dan juga Advanced Engineering.
“Selain itu, melalui pembentukan Konsortium Penyelidikan KPT dan pemantapan peranan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE), institusi-institusi ini memfokuskan kepakaran rentas universiti bagi menyelesaikan isu-isu kritikal negara seperti keterjaminan makanan, peralihan tenaga hijau, keselamatan siber, serta rantaian bekalan teknologi semikonduktor peringkat tinggi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter
- Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah
- Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat
Dr Zambry berkata demikian ketika perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) berkenaan strategi Kementerian bagi memacu R&D yang berimpak tinggi di institusi pengajian tinggi awam.
Sementara itu beliau turut berkata pelbagai dana dan geran penyelidikan ditawarkan, ini termasuk daripada Rancangan Malaysia Ke-9 hinggalah Rancangan Malaysia Ke-12 yang berterusan seperti skim-skim:
i. Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS),
ii. Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS),
iii. Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS),
iv. Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)
Walaubagaimanapun Dr Zambry berkata selaras dengan anjakan baharu di bawah Lonjakan 6 RPTM, KPT ada menawarkan Geran Penyelidikan Eksplotari dan Transformatif (GET) yang menumpukan kepada penyelidikan kolaboratif serta inovasi yang memperkukuh ekosistem penyelidikan negara.
“Dalam konteks Global Innovation Index (GII), Malaysia pada ketika ini berada di kedudukan ke-34 daripada 133 buah negara. Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk negara kita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Politik Tuntut Sikap Menghormati, Bukannya Tonjol Dominasi – Armand
- PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan
- Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun
Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan
“Malah, menerusi inisiatif berimpak tinggi seperti skim Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB), geran Industry Matching Programme (IMaP) dan geran Public Private Research Network (PPRN), syarat kolaborasi dan pembiayaan bersama dengan pihak industri telah diwajibkan.
“Dan dasar ini berupaya mengurangkan kebergantungan penuh kepada dana Kerajaan serta menjadi bukti penyelidikan yang dijalankan di IPTA mampu memberi penyelesaian kepada industri, mempunyai nilai komersial yang nyata, dan memenuhi permintaan pasaran,” ujar beliau. – UMNO Online
Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
You must be logged in to post a comment.