Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah

Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah

Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Kerajaan Negeri Johor sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada rakyat, namun hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dibina atas asas saling menghormati serta pengiktirafan terhadap peranan masing-masing.

Exco Wanita UMNO Malaysia, Hasrunizah Hassan berkata, Johor tidak pernah menolak kerjasama dalam mana-mana projek pembangunan, termasuk melibatkan sektor pengangkutan dan infrastruktur yang memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang menjelaskan, semangat kerjasama yang sebenar tidak seharusnya meletakkan kerajaan negeri sekadar sebagai pihak yang dimaklumkan atau dijemput hadir selepas sesuatu keputusan dibuat.

“Kerjasama yang baik mestilah berasaskan rasa hormat, bukannya persepsi bahawa kerajaan negeri hanya perlu hadir apabila dijemput tetapi tidak perlu dilibatkan dalam proses yang lebih awal.

“Bangsa Johor berhak mendapat layanan yang adil dan profesional dalam setiap projek yang dilaksanakan di bumi Johor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

“Kerajaan Negeri Johor bukan sekadar penerima manfaat projek Persekutuan tetapi kerajaan Johor juga adalah antara penyumbang dari segi kewangan, sokongan logistik dan penyelarasan dasar bagi menjayakan pelbagai projek pengangkutan di negeri ini.”

Mengulas lanjut Hasrunizah yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Pontian berkata pendirian yang dizahirkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bukanlah tuntutan yang berlebihan, sebaliknya satu perkara asas yang sewajarnya dihormati oleh semua pihak.

“Adalah munasabah apabila Menteri Besar menuntut penghormatan terhadap institusi kerajaan negeri dan peranan yang dimainkan oleh Johor.

“Justeru, adalah wajar kerajaan negeri diberikan penghormatan sewajarnya serta dilibatkan dalam setiap proses yang berkaitan dengan pembangunan negeri,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah bersemuka pada Majlis Peluncuran Operasi Shuttle Selatan di Stesen Keretapi Kulai baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop


Pertemuan tersebut berlangsung secara terbuka pada majlis pelancaran KTM Komuter Selatan dan berjanji mengemukakan surat jemputan rasmi kepada Menteri Besar Johor itu. – UMNO Online

Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker