Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat

Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat

Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat

LIPIS, 18 Jun – Kerajaan Negeri Pahang terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila menyalurkan sumbangan berjumlah RM353,695 kepada 51 orang wakil dan penerima dalam satu majlis yang berlangsung di Laman Sejahtera Jelai, Lipis, semalam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri kekal komited memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menikmati arus pembangunan serta bantuan yang disediakan.

Ujarnya setiap bentuk bantuan yang disalurkan diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu meringankan beban penerima dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

“Kerajaan negeri komited bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada arus pembangunan, dan segala bentuk bantuan yang disalurkan diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Pahang akan terus bekerja keras merangka dasar dan melaksanakan langkah proaktif bagi memastikan pembangunan negeri kekal berada pada landasan terbaik selaras dengan aspirasi Pahang 1st.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Beliau juga menegaskan bahawa kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan pentadbiran negeri, sejajar dengan usaha memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat di Pahang. – UMNO Online

Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker