Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq [VIDEO]

Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq [VIDEO]

Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq [VIDEO]

Tular baru-baru ini video sambutan hari jadi ibu kepada Bella dan Didi Astillah apabila ahli keluarga mereka mengenakan satu ‘prank’ dengan berpura-pura bertengkar sebelum mendedahkan ia hanyalah sebahagian daripada kejutan sempena majlis tersebut.

Namun, video yang dikongsikan di media sosial itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang menganggap gurauan tersebut menghiburkan, namun tidak kurang juga yang berpendapat ia agak keterlaluan kerana dilakukan di hadapan para tetamu yang hadir.

@imsitizoner

#bellaastillah❤️❤️🥀🌹🤲

♬ original sound – Julia🦋 – Julia

Malah, ada yang turut mempersoalkan kesesuaian ‘prank’ berkenaan memandangkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, turut berada di majlis tersebut.

Susulan kritikan yang diterima, Didi Astillah tampil memberikan respon menerusi platform Threads. Dalam perkongsiannya, Didi dilihat menerima teguran netizen dengan nada santai dan terbuka.

“Terima kasih semua atas nasihat. Apa pun, memang mama marah saya dulu 😂 dia betulkan anak dia dulu hahhahahahaha,” tulisnya.

 

Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq [VIDEO] Perkongsian itu menarik perhatian ramai kerana Didi secara berseloroh mengakui bahawa ibunya sendiri tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan terlebih dahulu menegurnya selepas insiden itu berlaku.

Menerusi ruangan komen, ramai netizen turut berseloroh bahawa teguran daripada ibu sendiri sudah cukup menjadi pengajaran buat Didi. Dalam masa sama, ada yang berpendapat perkara itu hanyalah gurauan keluarga, manakala sebahagian lain berharap ia menjadi pengajaran bahawa tidak semua orang selesa dengan bentuk kejutan yang melibatkan situasi tegang atau pertengkaran.

Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker