Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun

Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun

Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Usaha memperkukuh kesiapsiagaan jentera parti terus menjadi keutamaan apabila Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO Tambun menghadiri taklimat awal yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tambun, Aminuddin Hanafiah.

Ketua Pemuda UMNO Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal berkata, sesi taklimat tersebut merupakan langkah penting dalam memastikan setiap lapisan jentera memahami peranan masing-masing serta bersedia melaksanakan gerak kerja yang telah dirancang.

Menurut beliau, penyelarasan yang baik antara kepimpinan bahagian dan jentera akar umbi amat penting bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan secara tersusun dan berkesan.

“Taklimat ini bukan sahaja memberi penerangan mengenai gerak kerja yang bakal dilaksanakan, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan kesepaduan pasukan serta menyatukan tekad seluruh jentera,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN


Beliau menambah, kekuatan sesebuah organisasi politik bergantung kepada tahap kesiapsiagaan dan komitmen anggota di semua peringkat, khususnya Ketua-Ketua PDM yang menjadi penghubung utama antara parti dan rakyat.

Justeru, katanya, seluruh jentera UMNO Tambun akan terus memperkemaskan gerak kerja, memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta memastikan agenda perjuangan parti dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

“Dengan semangat kebersamaan dan iltizam yang tinggi, kita akan terus bergerak sebagai satu pasukan demi memastikan UMNO kekal dekat di hati rakyat serta terus menjadi wadah perjuangan agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya. – UMNO Online

Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker