PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan

PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan

PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaakob, berpandangan bahawa masa depan Negeri Johor tidak seharusnya dipertaruhkan memandangkan negeri tersebut kini sedang berada di landasan yang betul.

Ujarnya, rakyat wajar menilai berdasarkan rekod dan pencapaian, bukan persepsi yang dibentuk oleh pihak lawan ketika musim pilihan raya.

“Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin menghampiri, pelbagai naratif politik mula dimainkan untuk mempengaruhi persepsi rakyat. Ada yang cuba menimbulkan keraguan terhadap kerajaan, membawa isu nasional ke dalam perbahasan politik negeri dan menjadikan sentimen sebagai modal utama untuk meraih sokongan.

“Namun dalam menentukan masa depan Johor, rakyat wajar menilai berdasarkan rekod dan pencapaian, bukannya persepsi yang dibentuk menjelang pilihan raya. Rakyat perlu melihat bahawa jika Johor sedang bergerak ke hadapan, mengapa perlu mengambil risiko menukar formula yang telah terbukti berjaya?

“Realitinya, Johor hari ini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh berbanding beberapa tahun lalu. Negeri ini semakin menyerlah sebagai antara negeri paling maju dan berdaya saing di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jasnizam Sifatkan Presiden UMNO Pemimpin Berani Hadapi Pelbagai Tekanan

“Keyakinan pelabur terus meningkat, pembangunan infrastruktur berkembang pesat, peluang pekerjaan bertambah dan pelbagai agenda pembangunan berjaya dilaksanakan untuk manfaat rakyat. Semua ini terhasil daripada kestabilan politik yang membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara konsisten,” katanya.

Jelasnya, kejayaan tersebut lahir daripada keberanian membuat pembaharuan dan kesediaan memberi ruang kepada generasi baharu untuk memimpin.

“Antara langkah paling signifikan ialah keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelang Pilihan Raya Negeri Johor 2022 untuk mengetengahkan lebih ramai calon muda. Ketika itu, keputusan tersebut dipersoalkan dan dianggap berisiko oleh sesetengah pihak. Namun masa telah membuktikan sebaliknya.

“Hari ini, ramai pemimpin muda yang diberikan kepercayaan berjaya menunjukkan kemampuan mereka dalam mendekati rakyat, memahami isu setempat dan menggerakkan agenda pembangunan di kawasan masing-masing.

“Gabungan pengalaman dan tenaga baharu telah melahirkan barisan kepimpinan yang lebih dinamik serta mampu memenuhi tuntutan semasa. Apa yang pernah diragui kini menjadi antara kekuatan utama pentadbiran Johor,” katanya lagi.

Tambahnya, kedudukan strategik Negeri Johor menjadikan ia sebagai sebuah negeri yang memacu ekonomi negara.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN


“Kedudukan strategik negeri ini, disokong oleh dasar yang konsisten dan pentadbiran yang stabil, menjadikannya destinasi pilihan pelaburan. Keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur merupakan petunjuk bahawa Johor berada di landasan yang betul. Negeri ini bukan sahaja berkembang dari sudut ekonomi, malah semakin dilihat sebagai model pembangunan moden yang boleh dicontohi oleh negeri-negeri lain.

“Walaupun pelbagai serangan politik terus dimainkan oleh pihak lawan, hakikat di lapangan sukar disangkal. Rakyat menilai berdasarkan apa yang mereka lihat dan rasai dalam kehidupan seharian. Mereka melihat pembangunan yang sedang berjalan, peluang ekonomi yang semakin terbuka dan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat. Sebab itu, usaha membentuk persepsi semata-mata tidak mudah mengatasi realiti yang sedang dinikmati rakyat.

“Di sinilah terletaknya perbezaan antara politik persepsi dan politik prestasi. Politik persepsi bergantung kepada sentimen dan polemik, manakala politik prestasi dinilai melalui rekod dan hasil yang boleh diukur.

“Rakyat Johor semakin matang dalam membuat penilaian dan memahami bahawa masa depan negeri tidak boleh ditentukan oleh slogan semata-mata, tetapi oleh kemampuan sebenar sesebuah kerajaan untuk mentadbir dengan berkesan,” katanya lagi.

PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan

Suraya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata, Johor tidak memerlukan eksperimen politik baharu ketika negeri ini sedang berada di landasan yang betul.

“Menjelang pilihan raya negeri akan datang, persoalan yang perlu difikirkan bukanlah siapa yang paling lantang bersuara tetapi siapa yang mempunyai rekod paling meyakinkan untuk meneruskan kemajuan negeri. Jika Johor hari ini berada dalam keadaan yang lebih baik, pembangunan terus bergerak dan keyakinan pelabur kekal kukuh, maka asas untuk meneruskan momentum tersebut sudah pun terbina.

“Johor tidak memerlukan eksperimen politik baharu ketika negeri ini sedang berada di landasan yang betul. Apa yang diperlukan ialah kesinambungan dasar, kestabilan pentadbiran dan komitmen untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah menunjukkan hasil.

“Sejarah membuktikan bahawa ketidakstabilan politik sering membawa kesan kepada keyakinan pelabur, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Sebab itu, kestabilan bukan sekadar slogan tetapi prasyarat utama kepada kemajuan,” katanya lagi.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN


Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa momentum kecemerlangan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor diterajui oleh Barisan Nasional (BN) perlu dipertahankan.

“Johor sedang membina masa depannya dengan penuh keyakinan. Apa yang dilaksanakan hari ini bukan hanya untuk memenuhi keperluan semasa, tetapi untuk memastikan generasi akan datang mewarisi sebuah negeri yang lebih maju, makmur dan berdaya saing. Dalam usaha tersebut, perkara paling penting ialah memastikan momentum yang telah dibina ini terus dipertahankan.

“Apabila sesuatu formula telah terbukti berjaya, tindakan yang paling bijak bukanlah menggantikannya tetapi memperkukuh dan meneruskannya. Johor sudah membuktikan bahawa kestabilan mampu membawa kemajuan.

“Kini, terpulang kepada rakyat untuk memastikan kejayaan itu terus diperkasakan demi masa depan negeri yang lebih gemilang,” katanya lagi. – UMNO Online

PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker