Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter

Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter

Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Peruntukan tambahan sebanyak RM40,000 telah disalurkan untuk membaik pulih Padang Awam Felda Bukit Easter, kata Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Menteri Pertahanan telah berkesempatan untuk meninjau perkembangan kerja-kerja membaik pulih padang tersebut pada Rabu.

“Ketika berada di Kota Tinggi pada Rabu, saya berkesempatan meninjau perkembangan kerja-kerja baik pulih Padang Awam Felda Bukit Easter bagi melihat sendiri kemajuan projek yang sedang dilaksanakan agar dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penduduk setempat, khususnya golongan belia.

“Sebelum ini, sebanyak RM30,000 telah disalurkan untuk memulakan kerja-kerja naik taraf padang tersebut. Pada lawatan kali ini, tambahan RM40,000 turut diberikan bagi meneruskan fasa seterusnya penambahbaikan fasiliti berkenaan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop


“Turut disalurkan RM5,000 bagi kerja pemasangan sistem perpaipan dan beberapa bantuan ‘one-off’ kepada persatuan berkaitan bagi menyokong kelancaran pelaksanaan projek komuniti ini,” katanya.

Menurutnya, sumbangan turut diberikan kepada pasukan-pasukan sukan tempatan dan beliau berharap agar usaha membaiki padang tersebut dapat menyediakan ruang yang lebih selesa serta kondusif untuk dimanfaatkan seluruh komuniti.

DISYORKAN UNTUK ANDA :
‘Tok Ajak’ Hargai Pengorbanan “Pejuang Laut” Cari Rezeki
Wanita UMNO Terus Komited Memperkasa Parti, Dampingi Rakyat – Noraini
Kerajaan Digesa Tubuh Tribunal Khas Siasat Isu Rohingya Dan Sindiket Penyeludupan

“Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada pasukan-pasukan sukan tempatan sebagai tanda sokongan terhadap usaha mereka dalam memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Mudah-mudahan usaha ini dapat menyediakan ruang lebih selesa dan kondusif untuk dimanfaatkan oleh seluruh komuniti, khususnya golongan belia, sekaligus menjadi medan yang menyatukan masyarakat, mencungkil bakat baharu serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Dalam pada itu, beliau turut berkesempatan untuk ke Port Lapau Felda Bukit Waha dan mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi manfaat peniaga dan komuniti setempat.

Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter

“Selepas melawat Padang Awam Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, saya juga berkesempatan singgah ke Port Lapau Felda Bukit Waha yang merupakan salah satu hub keusahawanan dan komuniti setempat di bawah inisiatif Sejati Madani.

“Sebelum ini, sebanyak RM30,000 telah disalurkan kepada Persatuan Belia bagi tujuan pembangunan kemudahan termasuk kerja-kerja penambahbaikan seperti menyimen lantai dan menaik taraf fasiliti demi keselesaan pengunjung.

“Hasil daripada lawatan ini juga, turut dipertimbangkan peruntukan tambahan bagi manfaat peniaga dan komuniti setempat termasuk cadangan pembinaan taman permainan serta beberapa kemudahan sokongan lain.

“Diharapkan fasiliti seperti ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi merancakkan aktiviti ekonomi serta memperkukuhkan interaksi sosial dalam kalangan komuniti Felda Bukit Waha, Kota Tinggi,” katanya lagi. – UMNO Online

Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker