Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat

Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat

Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat

AYER HITAM, 22 Jun – Pengerusi Veteran UMNO Johor, Datuk Othman Jais menolak dakwaan bahawa UMNO bersikap sombong, sebaliknya menegaskan parti itu sentiasa berada di hadapan membantu rakyat sama ada ketika senang mahupun susah.

Menurut beliau, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan kemampuan mentadbir negara selama lebih 60 tahun dengan pelbagai pembangunan dan bantuan yang dinikmati rakyat, khususnya di Johor.

“Kita nak tahu di mana sombongnya UMNO. Apa yang kita lakukan selama ini, kalau dilihat di lapangan, masa senang atau susah, orang UMNO yang berada di hadapan membantu rakyat. Jadi macam mana kita boleh dianggap sombong?” katanya.

Beliau yang juga mantan ADUN Buluh Kasap selama enam penggal (1983-2013) berkata, pelbagai kemudahan dan bantuan telah disalurkan kerajaan kepada rakyat termasuk dalam bidang pendidikan, kebajikan dan perkhidmatan awam sehingga memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN: Jangan Jual Teori Konspirasi Sebagai Analisis Politik


Katanya, kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Johor turut menikmati pelbagai kemudahan termasuk pemberian bantuan khas seperti duit raya RM500 yang diumumkan sebelum ini.

Othman yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Segamat menegaskan kejayaan pembangunan yang dikecapi hari ini adalah hasil kerjasama antara kerajaan dan rakyat yang saling membantu dalam memajukan negara.

“Bukan kita menunggu budi orang semata-mata. Kita sama-sama membantu menjayakan kemajuan negara. Dia menolong kita, kita tolong dia. Kaedahnya begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online semasa ditemui dalam program Komunikasi Digital di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat Johor terus memberi kepercayaan kepada BN berdasarkan pengalaman mentadbir negeri dan negara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan


Menurutnya, rakyat telah memperoleh pengajaran sepanjang tempoh 22 bulan pentadbiran kerajaan pembangkang di Johor sebelum ini, yang disifatkan berdepan pelbagai cabaran.

“Cukuplah pengajaran yang kita terima ketika itu. Sebab itulah dalam pilihan raya lalu, Johor memberi sokongan yang besar kepada Barisan Nasional sehingga berjaya memenangi 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan,” katanya.

Beliau berkata, sokongan tersebut membuktikan rakyat masih yakin kepada UMNO kerana parti itu sentiasa bekerja untuk membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang politik.

“Sebagai pemimpin dan ahli UMNO, pendekatan kita adalah bersama rakyat. Tidak kira sama ada mereka ahli parti atau tidak, kita akan melayan semua secara seimbang,” katanya lagi. – UMNO Online

Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker