39 individu dikehendaki antara 349 ditahan Op Cantas Bersepadu di Selangor

39 individu dikehendaki antara 349 ditahan Op Cantas Bersepadu di Selangor

39 individu dikehendaki antara 349 ditahan Op Cantas Bersepadu di Selangor
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Polis memberkas 39 individu yang dikehendaki, termasuk lima di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), menerusi Op Cantas Bersepadu di Selangor yang turut menyaksikan keseluruhan 349 tangkapan.

Operasi dilaksanakan secara bersepadu bermula Khamis lalu hingga hari ini membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata daripada keseluruhan 349 tangkapan itu, 280 membabitkan lelaki dan 69 wanita berusia antara 20 hingga 83 tahun dengan 85 daripadanya adalah warga asing.

“Daripada keseluruhan tangkapan, lima individu ialah orang yang dikehendaki di bawah SOSMA.

“Seramai 34 lagi ialah individu yang dikehendaki bagi kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kumar berkata, operasi itu memfokuskan usaha mengesan dan menangkap individu yang dikehendaki.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 235 serbuan dan pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan, kawasan kediaman serta tapak pembinaan di beberapa daerah di Selangor.

“Operasi ini turut dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memperkukuh tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi sama turut menyasarkan kumpulan jenayah terancang termasuk melumpuhkan sumber kewangan melalui tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang disyaki menjadi sumber pembiayaan kegiatan kumpulan.

“Dalam operasi yang sama, dua pusat hiburan didapati beroperasi tanpa lesen hiburan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan


“Pemeriksaan turut mendapati 13 premis perniagaan dipercayai menggaji pekerja warga asing tanpa pas atau permit yang sah,” katanya yang turut memaklumkan PBT turut mengeluarkan kompaun terhadap pemilik premis perniagaan yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan lesen.

Kumar berkata, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah, khususnya jenayah terancang, bersama agensi penguat kuasa lain.

“Orang ramai diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah melalui saluran yang disediakan.

“Kerjasama masyarakat adalah elemen penting dalam memperkukuh usaha pencegahan dan pembanterasan jenayah demi kesejahteraan bersama,” katanya.

39 individu dikehendaki antara 349 ditahan Op Cantas Bersepadu di Selangor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker