Kes pukul pembantu rumah: Mangsa turut berdepan pertuduhan

Kes pukul pembantu rumah: Mangsa turut berdepan pertuduhan

Kes pukul pembantu rumah: Mangsa turut berdepan pertuduhan
Foto hiasan mahkamah

JOHOR BAHRU: Selain dua pasangan suami isteri yang disyaki mencederakan pembantu rumah mereka tahun lalu, seorang daripada pembantu rumah suspek juga akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata pembantu rumah warga asing itu akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

“Polis turut menahan mangsa dalam kes mencederakan pembantu rumah kerana suspek yang terbabit iaitu majikan turut membuat laporan polis ke atas mangsa.

“Suspek mendakwa mangsa memukul anak-anak suspek dan mencuri barang suspek ketika mangsa berkerja dengan suspek.

“Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 2.50 petang, polis Johor mengesan empat video tular dalam aplikasi Facebook yang dikongsikan oleh beberapa pemilik akaun mengenai kejadian seorang mangsa wanita yang juga pembantu rumah warga asing dipukul oleh suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita dalam sebuah rumah sekitar Taman Johor, Tampoi di sini.

Berdasarkan laporan daripada maklumat pertama, polis menahan semua suspek dan membuka dua kertas siasatan berasingan bagi menyiasat kejadian yang berlaku.

Ab Rahaman berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan, kejadian itu berpunca daripada perasaan marah semua suspek terhadap mangsa yang memukul anak suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323, Seksyen 354 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Menurut beliau, semua kertas siasatan sudah dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan


“Bagi kertas siasatan membabitkan suspek warga tempatan, arahan yang diberikan adalah menuduh empat suspek dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Dua daripada mereka akan dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah, manakala seorang suspek dituduh di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 kerana tanpa kuasa yang sah ada dalam milikanya mana-mana pasport atau dokumen perjalanan dalam negeri yang dikeluarkan bagi penggunaan seseorang selain dirinya sendiri.

“Semua suspek warga tempatan dan warga asing akan dituduh di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, esok,” katanya.

Ab Rahaman berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 terhadap pihak majikan dan pembantu rumah dalam kes terbabit dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor selepas laporan dari pihak Jabatan Imigresen diperoleh.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker