Lima lelaki ditahan bantu siasatan kes kehilangan dua sepupu remaja perempuan

Lima lelaki ditahan bantu siasatan kes kehilangan dua sepupu remaja perempuan

Lima lelaki ditahan bantu siasatan kes kehilangan dua sepupu remaja perempuan
Foto hiasan

KOTA BHARU: Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan dua sepupu remaja perempuan dari Kampung Baloh berhampiran Kok Lanas yang ditemui selamat di Machang semalam selepas dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Azuhar Md Nor, berkata semua suspek ditahan di Machang petang semalam.

Beliau berkata, polis memperoleh perintah reman terhadap kelima-lima suspek di Mahkamah Majistret Machang pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Dua daripada suspek direman selama lima hari, manakala tiga lagi yang merupakan rakan kepada dua suspek utama direman dua hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dua sepupu terbabit, Nor Syahzanani Mohd Sulaiman, 15, dan Nur Kaseh Nalisya Mohd Ramzul Nazrie, 16, ditemui di sebuah inap desa di Machang kira-kira 25 kilometer dari rumah mereka.

Keluarga kedua-dua remaja itu membuat laporan polis secara berasingan pada Jumaat selepas mereka gagal pulang ke rumah selepas keluar bersiar-siar di Kota Bharu pada petang Khamis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

Selepas ditemui, kedua-dua remaja terbabit dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.

Polis kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti keadaan sebenar yang membawa kepada kejadian itu.

Lima lelaki ditahan bantu siasatan kes kehilangan dua sepupu remaja perempuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker