Tular lelaki ceroboh kawasan rumah di Puchong Prima, polis giat buru suspek
Tular lelaki ceroboh kawasan rumah di Puchong Prima, polis giat buru suspek

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dirakam menceroboh kawasan belakang sebuah rumah di Taman Puchong Prima, dekat Subang Jaya, Selangor.
Kejadian berkenaan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kemudian tular di media sosial dengan laporan polis dibuat jam 3 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pengadu memaklumkan menerima panggilan daripada adik perempuannya yang melihat lelaki berbaju putih dan jeans biru muda di kawasan belakang rumah menerusi rakaman CCTV.
“Hasil siasatan awal serta semakan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki tidak dikenali yang memakai baju putih dan seluar jeans biru muda telah menceroboh masuk ke kawasan belakang rumah pengadu.
“Hasil pemeriksaan lanjut bagaimanapun mendapati tiada sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda dilaporkan di premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan serta mengenal pasti suspek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peruntukan Tambahan RM40,000 Disalurkan, Baik Pulih Padang Awam Felda Bukit Easter
- Kerjasama Perlu Berteraskan Hormat, Bukan Sindiran Politik – Hasrunizah
- Kerajaan Pahang Salur RM353,695 Kepada 51 Penerima, Bukti Komitmen Kebajikan Rakyat
“Segala maklumat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman CCTV media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai menceroboh kawasan belakang sebuah rumah sebelum beredar dari lokasi dan pada sama sistem amaran keselamatan kediaman terbabit turut berbunyi.
Tular lelaki ceroboh kawasan rumah di Puchong Prima, polis giat buru suspek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
You must be logged in to post a comment.