Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin menyifatkan kenyataan Hannah Yeoh, yang mengibaratkan kehidupan di Kuala Lumpur pada era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebagai “neraka” sebagai tidak adil dan mengabaikan sejarah pembangunan ibu negara.
Menurut beliau, kenyataan tersebut bukan sahaja menafikan pelbagai kemajuan yang dicapai sepanjang pentadbiran BN, malah dilihat memperkecilkan sumbangan mereka yang telah bertungkus-lumus membangunkan Kuala Lumpur selama berdekad-dekad.
“Menggelarkan pentadbiran BN sebagai ‘neraka’ menafikan kemajuan yang dicapai selama berdekad-dekad dan seolah-olah memperkecilkan sumbangan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta penjawat awam yang telah berkhidmat untuk bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tengku Azman berkata, walaupun setiap pentadbiran mempunyai kelemahan dan kekurangan, pembangunan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara moden tidak boleh dinafikan.
Beliau menegaskan bahawa kemajuan infrastruktur, perkhidmatan bandar dan pembangunan ekonomi yang dinikmati warga kota hari ini adalah hasil usaha berterusan pelbagai pihak termasuk pentadbiran terdahulu, pegawai DBKL serta penjawat awam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Tahfiz Negara Pemangkin Masa Depan Generasi Huffaz – Ahmad Zahid
- Titah Pemangku Sultan Perkukuh Agenda Pembangunan,Kesejahteraan Rakyat
- Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan
Najib Santuni Penduduk, Dekati Rakyat Melalui Program Komuniti Di Parit Yaani
“Tiada pentadbiran yang sempurna, namun kita tidak boleh menafikan sumbangan dan pencapaian yang telah membentuk Kuala Lumpur menjadi seperti hari ini,” ujarnya.
Beliau berkata, rakyat akhirnya akan membuat penilaian berdasarkan rekod pencapaian dan prestasi, bukannya kenyataan berunsur retorik politik. – UMNO Online
Tengku Azman Bidas Hannah Yeoh, Label BN ‘Neraka’ Hina Usaha Bangunkan KL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Universiti Penyelidikan Terus Diperkasa, Terajui Penyelidikan Bertaraf Global Dalam Bidang Kritikal
- Melaka Terus Pacu Pembangunan, Perkukuh Kesejahteraan Rakyat
- Veteran UMNO Johor Tolak Dakwaan Sombong, Tegaskan UMNO/BN Sentiasa Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN
You must be logged in to post a comment.