Wanita dilamar kekasih selepas berlari 42 kilometer

Wanita dilamar kekasih selepas berlari 42 kilometer

Wanita dilamar kekasih selepas berlari 42 kilometer
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu melamar kekasihnya di garisan penamat. – TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila melamar kekasihnya selepas dia melengkapkan larian maraton sejauh 42 kilometer, lapor portal berita Wolipop.

Kejadian itu berlaku pada acara Maraton Antarabangsa Jakarta (JAKIM) 2026, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @edho_budiman menunjukkan lelaki terbabit bersorak apabila kekasihnya berjaya sampai ke garisan penamat.

Dia kemudian tiba-tiba melutut di hadapan teman wanitanya sebelum mengeluarkan cincin. Hadiah untuknya

Detik indah itu menjadi lebih bermakna apabila wanita berkenaan menerima lamarannya.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Adakah saya perlu sertai maraton supaya dapat lamaran?” kata seorang netizen.

“Bila giliran saya?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Wanita dilamar kekasih selepas berlari 42 kilometer


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker