Puncak gunung pun ada orang jual aiskrim

Puncak gunung pun ada orang jual aiskrim

Puncak gunung pun ada orang jual aiskrim
Tangkap layar video menunjukkan beberapa pendaki membeli aiskrim kon selepas sampai ke puncak Gunung Sindoro. – TikTok

JAKARTA – Seorang pendaki terkejut apabila menemukan seorang lelaki menjual aiskrim kon semasa di puncak sebuah gunung di Temanggung, wilayah Jawa Tengah, lapor portal berita Lambe Turah.

Penemuan itu dibuat di Gunung Sindoro, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ayuratnasari1305 menunjukkan lelaki terbabit mencedok aiskrim dari dalam begnya lalu diletakkan di atas kon.

Meskipun cuaca sejuk, ia tidak menghalang pendaki-pendaki untuk menikmati pemanis mulut sambil melihat pemandangan yang cantik.

Rakaman itu mencatatkan lebih 224,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. Ice Cream

“Atas gunung pun ada orang jual aiskrim,” kata seorang netizen.

“Sedapnya, lebih-lebih lagi selepas mendaki,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Puncak gunung pun ada orang jual aiskrim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Kerajaan Stabil, Anak Muda Johor Diseru Terus Sokong BN

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker