“Alhamdulillah” – Abby Abadi Beri Reaksi Selepas Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai

“Alhamdulillah” – Abby Abadi Beri Reaksi Selepas Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai

“Alhamdulillah” – Abby Abadi Beri Reaksi Selepas Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai

Selepas beberapa prosiding mahkamah, pempengaruh popular, Marissa Dania hari ini telah sah bercerai dengan suaminya Ahmad Aslam.

Perkara ini turut mendapat perhatian ibu Marissa Dania iaitu selebriti Abby Abadi. Menerusi Instagram Story, Abby dilihat berkongsi paparan daripada program Melodi yang memaklumkan bahawa Marissa dan Aslam kini bukan lagi pasangan suami isteri.

“Alhamdulilah” – Abby Abadi

Abby memberi respon ringkas iaitu Alhamdulillah sebagai tanda syukur dengan berita berkenaan.

“Alhamdulillah” – Abby Abadi Beri Reaksi Selepas Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai

Terdahulu, Marissa dan Aslam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

Aslam sebelum ini turut mengesahkan bahawa dia dan Marissa sudah tidak lagi tinggal sebumbung sementara menunggu keputusan daripada pihak mahkamah.

Selepas keputusan dibuat, Aslam berharap perkara tersebut menjadi jalan terbaik untuk mereka berdua.

Dia turut meminta orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang komen buruk atau negatif kerana perkara itu turut melibatkan isterinya, Umisya Mazlan serta anak-anak.

Untuk rekod, Aslam dan Marissa dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan mereka sebelum ini mendapat perhatian ramai kerana Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada Umisya.

Pssttt! Reaksi ringkas kadangkala membawa pelbagai tafsiran, namun hanya Abby sendiri mengetahui maksud sebenar di sebalik perkongsian tersebut. Apa pun, semoga semua pihak diberi ketenangan untuk meneruskan kehidupan selepas keputusan ini.

“Alhamdulillah” – Abby Abadi Beri Reaksi Selepas Marissa Dania Dan Aslam Sah Bercerai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasih Kepada Rakyat Diukur Melalui Tindakan, Bukan Pengumuman – Mohd Jafni

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker