Punca utama Diana bercerai dengan Farid

Punca utama Diana bercerai dengan Farid

Kemelut rumah tangga masih tidak berkesudahan apabila pelakon, Diana Danielle, 32, tampil memberi bayangan seolah-olah suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil tidak mengenali dirinya.

Ia dipercayai susulan dakwaan suami, Farid, 42, bahawa dirinya curang hingga dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga yang dibina sejak 2012.

Diana meluahkan perasaan menerusi Instagram Story (IGs) tak mungkin dirinya membiarkan hatinya kembali disakiti insan lain selepas apa yang dilalui.

“Jika awak berfikir saya mempunyai orang lain, itu adalah bukti asas bahawa awak langsung tidak mengenali saya dengan baik.

“Selepas rasa cinta terhadap awak sudah hilang, hati saya tidak boleh lagi menanggung kesakitan dan membiarkan orang lain menghancurkannya,” tulisnya.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah Harapkan Bulan Ini Beri Lebih Senyuman


Terdahulu, Farid mendakwa keretakan rumah tangga bersama Diana berpunca kehadiran orang ketiga dan mengetahui perkara itu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, pada 12 April lalu, Farid tampil membuat permohonan maaf kepada Diana dan ibu mentuanya, Norsiah Ramli.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana berunding melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).


Baca Artikel Menarik:

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

 


Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. BH

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker