Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan

Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi ‘naik angin’ tegur portal hiburan

Fitnah Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi 'naik angin' tegur portal hiburan

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegur sebuah portal hiburan kerana menyiarkan berita palsu yang tular di media sosial.

Menurut beliau, berita palsu melibatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin itu tersebar sejak semalam dan menjadi fitnah yang merebak jauh ke pelbagai komuniti.



“Malah ada yang percaya atau dijadikan bahan politik. Saya pohon rakan-rakan media sentiasa mengesahkan info dan sumber sebelum menerbitkan berita agar tidak timbul isu seperti ini.

“Tindakan undang-undang juga boleh diambil oleh agensi penguatkuasaan sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Semalam, Siti Nurhaliza membidas pihak yang membuat kenyataan palsu di media sosial menggunakan namanya bagi mengulas kehadirannya di sebuah majlis di Kedah.


Baca Artikel Menarik:

Astro Awani bidas Hattan, “Kami ada bukti Hattan diberi ‘briefing”




Kenyataan palsu itu kemudian diguna sebuah portal hiburan untuk dijadikan bahan berita bertajuk ‘Siti Nurhaliza tak sangka rumah terbuka jadi majlis politik’.

“Siapalah yang pandai-pandai edit berita palsu ini dan disebarkan merata-rata dan yakinkan orang ini posting sebenar. Ini palsu.

“Saya ini penyanyi, hiburkan semua orang. Bulan Syawal ini, bulan jalinkan silaturahim bukan sebarkan berita palsu,” katanya di Instagram.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker