Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala

Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala

Isteri kepada penyanyi Datuk Nd Lala, Datin Fauziah Sarman memohon agar mana-mana individu yang terserempak atau bertemu dengannya tidak menunjukkan rasa sedih terhadap dirinya.

Ujar Fauziah, perasaan simpati daripada orang sekeliling boleh membuatkan hatinya bertambah sedih memikirkan dengan perkara yang melanda diri ketika ini.



“Kepada keluarga, sahabat-sahabat dan sesiapa diluar sana yang mengenali saya, kalau terjumpa tolong jangan buat muka sedih.

“Jika nampak wajah sedih kalian, saya akan menangis. Sedekahkan senyuman paling manis dan saya akan senyum kembali kepada anda,” katanya.

Selain itu, dia juga turut mencuri perhatian dengan memuat naik potret hari raya keluarganya pada tahun 2022 dan 2023.


Baca Artikel Menarik:

Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee




Bagaimanapun, tiada kelibat ND Lala dalam kedua-dua foto raya tersebut.

Terdahulu, kemelut rumah tangga ND Lala menjadi bualan hangat selepas Fauziah secara terbuka memuat naik foto seorang wanita dalam Instagram mendakwa individu terbabit sebagai isteri kedua suaminya.

Rentetan pergolakan yang dikatakan telah tercetus lebih setahun lalu, Fauziah didakwa telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada 3 April lalu.



Hasil perkahwinan bersama ND Lala, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nur Shahila (Shila), Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada. K Online

Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa kaitkan aku – Puteri Sarah



Dini Schatzmann, Janna Nick Kembali Bercinta

View Chin rugi jutaan ringgit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker