ND Lala sibuk beraya di rumah Kazar, isteri pula menangis di rumah

ND Lala sibuk beraya di rumah Kazar, isteri pula menangis di rumah

ND Lala sibuk beraya di rumah Kazar, isteri pula menangis di rumah

Siapa tidak teruja di hari pertama Syawal apabila bermula dengan bertakbir dan bertahmid dalam upacara sembahyang sunat Aidilfitri.

Bahkan, dari situ jugalah bermulanya keluarga berkumpul bersama dengan sanak saudara dan taulan, dengan pakaian yang bersih dan lengkap bersampin, hari besar ini adalah hari bermaaf-maafan serta menziarahi jiran tertangga bermula.

Namun begitu tidak semua insan berkesempatan meraikan suasana sedemikian dek kerana perpisahan serta pertelingkahan ahli keluarga mahupun adik-beradik.

Penyanyi Syada Amzah, 25, sebak melihat orang lain menyambut Aidilfitri lengkap dengan keluarga atau sebagai berpasangan.

Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah berkata dia menyambut Syawal pertama bersama ibunya Datin Fauziah Sarman saja dan cuma meraikan lengkap bersama adik-beradiknya.


Baca Artikel Menarik:

ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan


“Sejak hari raya pertama rasa rendah diri tengok orang lain ada keluarga lengkap, berpasangan (tapi semestinya saya seronok untuk mereka. Semalam saya rasa sebak betul!

“Akhirnya dapat untuk sambut raya dengan adik-beradik lengkap. Jangan salah anggap saya, beraya berdua dengan ibu saya pun ‘best’ (seronok). Dia layan saja saya beraya, tema warna raya tahun ini saya yang pilih, dan dia ikut saja apa saya nak makan,” katanya.

Namun hati Syada cukup diruntun pilu kerana simpati dengan kesedihan yang pasti ditanggung ibunya.

“Tapi saya kasihan tengok dia sebab mesti sambil beraya itu dia tengok saja orang lain dengan ibu bapa, suami dan anak-anak. Ia meruntun saya.

“Belum dengan saya perlu untuk jaga dia daripada terdengar lagu raya sedih, sebelum dia mula nangis, saya sudah nangiskan dulu dah.


Baca Artikel Menarik:

Isteri Perli ND Lala & Madu


“Dia yatim piatu, kalau datuk nenek masih ada, saya pasti ia pasti lebih menggembirakan dia. Semalam, sekurang-kurangnya adik-beradik perempuannya ada di sisinya,” katanya.

Menerusi laman TikTok, baru-baru ini tular sebuah video singkat memperlihatkan kelibat bapanya Datuk ND Lala itu sedang berada di rumah pelakon Kazar Saisi selepas dikatakan menghilangkan diri dan di dakwa sudah berkahwin dua.

Kelibat ND Lala tular dalam media sosial selepas seorang pengguna media sosial memuat naik video kemeriahan sambutan lebaran di kediaman Kazar dalam akaun TikTok.

Rata-rata warga maya tertanya-tanya mengenai hubungan penyanyi veteran itu dengan Kazar dan bagaimana dia boleh diundang ke rumah tersebut.

“Siap ada ND Lala sekali. Rasa sudah boleh buka rumah perlindungan pasangan kahwin lari,” tulis seorang netizen.


Baca Artikel Menarik:

Kenapa Najib Razak perlu diberi Pengampunan DiRaja?


“Kesian anak ND Lala cari bapa tak jumpa, rupanya bertapa menuntut ilmu dengan Pak Samad,” kata netizen lain.

Menurut sumber berita, pada 1 April lalu, isteri kepada ND Lala, Fauziah Sarman memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram mendakwa individu itu mengganggu rumah tangganya.

Fauziah pada 3 April lalu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan perceraian terhadap ND Lala namun dinafikan oleh Syada.

Sebagai rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk Nur Shahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada.

Lebih baik saya duduk di Mekah – Zul Ariffin



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker