Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam

Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam

“Kalau dia balik raya, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, kami tak ambil hati. Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail, sudah reda,” kata penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam mengenai sambutan Aidilfitri ini yang akan dirai bersama anaknya, Syamsul, 39.

Yusof, 68, ketika dihubungi berkata, dia dan isteri sudah reda dan terpulang kepada Syamsul sama ada mahu pulang berhari raya bersama mereka atau tidak kerana pintu rumah sentiasa terbuka untuknya.



“Sama ada dia balik beraya dengan kami atau tidak, itu Wallahu a’lam (Dan Allah lebih tahu). Dia (Syamsul) pun sebelum ini pernah tak balik raya sampai tiga tahun. Lepas itu, dia ada balik sekejap. Tak apalah. Bagi saya, saya redakanlah.

“Pintu rumah kami, sudah tentu sentiasa terbuka untuk dia kalau dia balik. Anak kita kan. Kalau sahabat kita pun, kalau kita ada krisis, tapi kalau dàh berhari raya, mestilah beraya ini untuk kita bermaaf-maafan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas juga persiapan Aidilfitrinya bersama keluarga, Yusof berkata, seperti biasa persiapannya setiap tahun dibuat sederhana saja.

Katanya, dia lebih kepada menanti kunjungan adik-beradik dan saudara mara untuk datang ke rumah.



“Untuk pagi raya itu, biasalah adik-beradik yang rapat dengan kita balik. Ibu bapa kita pun dah tak ada, kedua-duanya sudah meninggal dunia lama, jadi kita adik-beradiklah datang kunjung-mengunjung.

“Pada hari raya kedua pula, saya bersama isteri akan ke Pulau Pinang selama tiga hari di sana. Tapi, kami akan sambung berkunjung ke rumah adik-beradik selepas pulang semula ke Kuala Lumpur,” katanya.

Yusof berkata, kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri menjadi tradisi dalam keluarganya setiap tahun.

Katanya, dia yang mempunyai tujuh adik-beradik akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri. HM



Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker