Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Pengarah sensasi Syamsul Yusof membuat pendedahan bahawa isteri pertamanya, Puteri Sarah meminta sejumlah amaun yang melampau sebagai syarat ‘dilepaskan’.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof berkata, pihak Sarah menukar perjanjian awal yang telah pun dipersetujui sebelum ini.



“Tiba-tiba, saya dapat ‘agreement’ baharu daripada peguamnya yang sememangnya berlainan daripada perjanjian asal.

“Pihak sana yang menukar, meminta secara berlebih-lebihan, meminta harta yang pada saya tak masuk akal.

“Sarah juga ada sebut jangan beritahu kepada orang lain apa yang dia minta. Saya takkan ‘mention’ (jumlah diminta). Sekarang ini, dia tukar cerita saya yang buat pusingan ‘u’.

“Kalau ikut perjanjian awal memang patutnya dah selesai dah — saya tarik nusyuz, saya juga nak dia tarik kes-kes terhadap isteri kedua (Ira Kazar).



“Tiba-tiba dia menukar. Itulah hakikatnya,” katanya dalam satu muat naik video terbaharu Instagram.

Sehubungan itu, pengarah filem Munafik itu menegaskan akan berjuang menuntut haknya agar semuanya selesai dengan selayalnya.

“Disebabkan Sarah tak nak capai kata sepakat baik dan tukar perjanjian asal, saya putuskan untuk ‘fight’.

“Isu Sarah sekarang kenapa tiba-tiba minta duit banyak lagi. Amaun yang diberikan itu dah lebih daripada perlu. Peguam saya tak setuju memberikan amaun yang besar tapi saya cakap tak mengapa.



“Tapi, apabila dia minta lebih lebih dan lebih lagi, kalau itu pilihan dia dan membuatkan kita tak dapat capai kata sepakat, kita terpaksa ‘fight’. Jadi, kita serahkan di mahkamah, insya-Allah,” ujarnya lagi.

Hari ini, Syamsul enggan memberi lafaz cerai terhadap Puteri Sarah berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu. K Online

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

2 Comments

  1. Apasal yer nk buka cita sol ada je taknical prob. Klau cita org lain ok je kat web ni
    Ada pa2 ka supaya natizen x bole tahu cota si sol sebenar2nya🤔🤔🤔🤔

  2. Syamsul bodooo dan jahil….
    Bodoh nak mampuihh….
    Perempuan kamu itu dah lahirkan zuriat kamu laaa bodoh….
    Dengan belanja nak membesarkan anak pun kedekut ….
    Syamsul… Hang memang jantan tak guna dah bodoh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker