Remaja trauma diliwat pelajar senior

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki trauma selepas mendakwa menjadi mangsa liwat pelajar seniornya di sebuah rumah kebajikan anak yatim di Setapak, dekat sini, sejak setahun lalu.

Mangsa berusia 13 tahun itu diperlakukan sedemikian rupa sejak pertengahan tahun lalu ketika waktu tidur di asrama rumah kebajikan terbabit dan berlarutan sehingga ke bulan lalu.

Menurut sumber, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa selepas diugut pelajar senior terbabit yang akan memukulnya.

“Bagaimanapun kejadian itu terbongkar selepas dia menceritakan kepada kakaknya sebelum guru sekolahnya turut mengetahui kejadian itu.

“Mangsa kemudian dinasihatkan membuat laporan polis sebelum dia akhirnya tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak untuk tindakan selanjutnya kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker