Tanggal baju kurung, Siti Nuramira didenda RM8,000

Tanggal baju kurung, Siti Nuramira didenda RM8,000

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan denda RM8,000 terhadap Siti Nuramira Abdullah kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan komediri di sebuah kelab komedi pada Jun 2022.

Harian Metro melaporkan Hakim N Priscilla Hemamalini membuat keputusan itu, selepas wanita berusia 27 tahun terbabit menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan dan memerintahkan dia dipenjara empat bulan, jika gagal bayar denda itu.

Nuramira didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut dirinya seorang Muslim, menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika persembahan di pentas Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun 2022.

Pada 13 Julai 2022, Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan boleh menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama antara orang yang menganut agama sama, yang boleh dipenjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob, berkata tertuduh ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan selepas Jabatan Peguam Negara menerima representasi Nuramira yang difailkan 16 Mac lalu.

Nuramira mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sebelum peguam R Sivaraj merayu anak guamnya diberikan hukuman ringan berbentuk denda untuk menjimatkan masa mahkamah serta ia kesalahan pertamanya.

Katanya, Nuramira yang berkahwin empat bulan lalu, mahu menjalani kehidupan aman.

“Nuramira ‘menghilangkan’ diri daripada media sosial supaya tidak mencetuskan sebarang kontroversi lagi. Tertuduh direman 10 hari sebelum ini.

“Anak guam saya amat menyesali kesalahan itu dan memohon maaf kepada pihak berkaitan. Kami mohon hukuman yang diberikan tidak bersifat menghukum, tetapi berbentuk pengajaran.”

Tetapi, Malik memohon mahkamah memberi hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan itu mendapat perhatian orang ramai.

“Walaupun hukuman di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan lebih ringan, namun tidak bermaksud kesalahan tertuduh tidak serius. Kami berharap mahkamah memberi hukuman yang menggambarkan keseriusan kesalahan itu.” FMT

Tanggal baju kurung, Siti Nuramira didenda RM8,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker