Diana Danielle lancar apa pulak tu

Diana Danielle lancar apa pulak tu

Diana Danielle lancar apa pulak tu
Diana Danielle lancar apa pulak tu

Biarpun berdepan kemelut rumah tangga, Diana Danielle terus mempelbagaikan rentak seni dengan menerbitkan lagu raya berjudul Senandung Raya.

Pertama kali merakamkan lagu raya secara solo, Diana yang pernah menghasilkan single Bahasa Inggeris, mengaku janggal mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu.

Biarpun membesar dengan mendengarkan lagu Melayu, Diana yang menjadi tumpuan ramai sejak memfailkan perceraian terhadap suami, Farid Kamil, lebih selesa mendendangkan lagu Inggeris.



“Saya mengaku kepada komposer lagu Senandung Raya, Amyela bahawa saya tidak yakin menyanyikan lagu Melayu. Namun, dia sangat membantu dan memberi sokongan ketika proses rakaman.

“Amylea turut memberi tip bagaimana hendak meningkatkan nyanyian dalam bahasa Melayu.


Baca Artikel Menarik:

Putera Mateen Lengkap Berbaju Melayu Di Masjid Nabawi (Video)



“Saya membesar dan mendengar banyak lagu Melayu. Tetapi saya tidak pernah menyanyikannya. Jadi, ini sangat sukar untuk saya di studio rakaman,” katanya.

Selain menyanyi dalam bahasa Melayu, proses menyiapkan video muzik pada saat-saat akhir juga menjadi cabaran buat penyanyi berusia 31 tahun itu.

Namun, Diana memberi komitmen bagi memastikan perancangan lancar.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendapat peluang merakamkan lagu raya secara solo. Jadi, saya mahu segera siapkan lagu dan muzik video Senandung Raya supaya dapat dilancarkan tepat pada masanya



“Saya bangga apabila dapat memberi idea dalam video muzik di mana kami ingin paparkan situasi sebenar.


Baca Artikel Menarik:

Nazim Othman tayang body, sekali diingatkan tentang Ramadhan


“Sebagai penyanyi baharu, semua ini memberi pengalaman kepada saya bagaimana hendak mewujudkan sesuatu yang bermula dengan idea,” katanya.



Selain itu, Diana mengaku gementar untuk bekerjasama dengan Amylea buat kali pertama.

Namun, Diana yang pernah merakamkan lagu duet bersama penyanyi terkenal British, Calum Scott, berjudul Heaven, bersyukur Amylea cukup profesional.

Berkongsi mengenai konsep video muzik, Diana berkata, klip itu memaparkan situasi individu yang sudah lama tidak pulang beraya di kampung halaman.

“Kami ingin paparkan apa yang dilakukan orang ramai pada Hari Raya. Disebabkan itu, kami buat peraduan dan mengikut pemenang balik ke kampungnya di Kelantan.




Baca Artikel Menarik:

 

Pintu hati sudah dijentik – Intan Najuwa


“Jadi, kami dapat rakam pertemuan individu terbabit bersama keluarganya selepas tidak pulang beberapa tahun. Apa yang dipaparkan tidak sama jika kita situasi itu kita reka.



“Disebabkan itu, kami mahu video muzik ini tampak realiti. Kami mahu tunjukkan bagaimana rasa kasih sayang meraikan Aidilfitri dengan keluarga tercinta.

“Pendek kata, konsep muzik video itu sedikit tenang tetapi penuh makna,” katanya.

Diana mahu lagu Senandung Raya menjadi malar segar seperti kebanyakan lagu raya lain.

“Sudah tentu saya berharap peminat dan masyarakat boleh terima dengan baik lagu ini. Dendangan ini bukan seperti kebanyakan lagu raya lain, sebaliknya, berentak R&B yang mengingatkan saya kepada nyanyian Datuk Sheila Majid.


Baca Artikel Menarik:

Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu


“Jadi, saya harap orang ramai boleh terima kelainan yang dibawa dan meraikan perbezaan. Saya selalu dengar orang cakap, kebanyakan lagu raya sama sahaja. Jadi, untuk lagu ini, kami berikan kelainan.

“Mungkin ia adalah risiko, tapi saya percaya peminat hari ini terbuka menerima sesuatu yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan genre lagu,” katanya.

Senandung Raya dilancarkan secara rasmi sejak 7 April lalu di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Video muzik Senandung Raya boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia.

Diana Danielle lancar apa pulak tu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru

Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker