Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Diana Danielle bukan materialistik

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid

Pelakon Diana Danielle terkejut dengan tindakan suaminya, Farid Kamil membuat tawaran perdamaian bernilai ratusan ribu ringgit seolah-olah menunjukkan dirinya seorang wanita materialistik.

Menurut peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader tindakan mendedahkan perincian tawaran kepada umum tidak mungkin mengubah pendirian Diana untuk meneruskan permohonan perceraian mereka.



“Farid buat tawaran itu supaya Diana kembali, seolah-olah dengan memberikan duit baru Diana kembali ke pangkuannya.

“Dia bukan jenis gilakan duit. Hakikatnya Diana terkejut dan tertanya-tanya motif Farid berbuat demikian terutama mendedahkan perkara itu kepada umum.

“Apabila Farid berkongsi perkara yang sepatutnya dimaklumkan dan dibincangkan antara peguam kepada orang luar seperti ingin tunjukkan isterinya seorang wanita materialistik.


Baca Artikel Menarik:


Sharnaaz Ahmad Minta Peminat Hormati Status Noor Nabila



 

“Perkahwinan mereka memang tidak boleh diselamatkan kerana Diana sudah nekad mahu bercerai. Demi anak-anak, dia cuma ingin kekal sebagai kawan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Ditanya mengenai ketiadaan Diana di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam, kata Akberdin itu cuma perbincangan antara sesama peguam sahaja yang tidak memerlukan mereka hadir.



“Saya dan peguam Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan telah berbincang tentang segala terma termasuk membabitkan anak dan perceraian semua sekali. Ini cuma perbincangan, bukan mandatori.

“Terma di pihak Diana pun sudah saya sampaikan. Mungkin selepas dia tahu mengenai terma berkenaan terus pagi esoknya dia pula dedahkan tawaran perdamaian itu kepada media.

“Fakhrul tahu terma yang Diana tidak menuntut apa-apa kecuali dilepaskan secara baik, hak jagaan dan memberikan nafkah anak yang Farid mampu bagi setiap bulan,” katanya.


Baca Artikel Menarik:


Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah




Pada masa sama, Akberdin turut menyatakan aktres itu juga memberi persetujuan jika Farid mahu membawa kedua-dua anak mereka pulang menyambut hari raya di Sungai Petani, Kedah.

“Diana sendiri sudah memberikan persetujuan sekiranya Farid ingin membawa Muhammad dan Nur Aurora balik kampung keluarga Farid di Kedah pada Syawal nanti.

Semalam, dalam satu kenyataan Farid mengemukakan tawaran perdamaian berupa Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya dianggap hadiah, namun, didakwa bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.



Perincian berkenaan dikongsikan Farid kepada media selepas prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. K Online

Baca Artikel Menarik:

Elisya Sandha beri amaran

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Ibu tak fail cerai – Syada Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker