Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah

Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah

Mufti Kedah Syeikh Fadzil Awang berpandangan kemungkinan anak bulan kelihatan pada malam Jumaat sangat tipis.

Beliau berkata demikian hasil perbincangan dengan “sahabat-sahabat kita” yang terlibat mencerap anak bulan.



“Berdasarkan perbincangan dengan semua sahabat-sahabat kita yang terlibat bahawa pada malam Jumaat (tarikh lihat anak bulan) itu kemungkinan untuk dapat lihat anak bulan sangat tipis dan tidak mencukupi kriteria-kriteria yang diputuskan.

“Jangan berbalah atau sebar tentang spekulasi 1 Syawal sehingga merujuk kepada Pusat Astronomi Antarabangsa bahawa 1 Syawal akan jatuh pada hari Jumaat.

“Walau apa pun keputusannya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu setelah menerima laporan hasil cerapan,” katanya menurut Astro Awani.

Fadzil juga menasihati umat Islam tidak berbalah dan mempercayai khabar angin berhubung spekulasi tarikh Aidilfitri, sebaliknya fokus beribadat ketika masuk 10 malam terakhir Ramadan.



Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker