Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Pemimpin rohani Tibet, Dalai Lama menyatakan rasa kesal selepas perbuatannya mencium bibir dan meminta seorang kanak-kanak menghisap lidahnya tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, Dalai Lama memohon maaf kepada kanak-kanak itu dan keluarganya.



“Tular satu klip video yang menunjukkan seorang budak lelaki bertanya kepada Yang Mulia Dalai Lama jika dia boleh memeluknya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

“Yang Mulia ingin memohon maaf kepada budak lelaki itu dan keluarganya, serta ramai rakannya di seluruh dunia, kerana kata-katanya yang melukakan hati.

“Beliau sering mengusik orang yang ditemuinya tanpa rasa bersalah dan suka bermain, walaupun di khalayak ramai dan di hadapan kamera. Dia kesal dengan kejadian itu,” kata pejabatnya dalam kenyataan.

Terdahulu, Dalai Lama terpalit kontroversi selepas tular rakaman video menunjukkan pemimpin rohani Tibet itu mencium seorang kanak-kanak di bibirnya.



Kejadian itu berlaku di hadapan orang ramai ketika kanak-kanak itu tunduk dan memberikan penghormatan kepada pemimpin Buddha itu.

Beberapa saat kemudian pemimpin rohani Tibet itu dilihat menunjukkan mulut dan menjelirkan lidahnya kepada kanak-kanak berkenaan.

“Bolehkah kamu menghisap lidah saya,” dia didengar bertanya kepada kanak-kanak itu.

Aksi itu menimbulkan kemarahan dan kecaman daripada netizen dengan pengguna Twitter menyifatkan perbuatan itu sebagai tingkah laku “menyeramkan” dan “menjijikkan”. Mk



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Anak ND Lala terpaksa utus surat kepada bapa

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker