Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO
Bung Moktar pecat 3 Adun Sabah daripada UMNO

Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah dipecat daripada UMNO, kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar berkata, tiga ADUN berkenaan ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit).

“Ada tiga dikenakan tindakan pecat, Datuk James Ratib sudah diambil tindakan dipecat, Mohd Arsad dan Jasnih juga dipecat. Shahelmey digantung,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah, di bangunan UMNO, di sini pada Ahad.



Ditanya mengenai status ADUN Tanjong Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pula, Bung Moktar memaklumkan, tiada tindakan dikenakan terhadap ADUN berkenaan.

Bung Moktar ketika menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada majlis berbuka puasa Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah Kota Kinabalu.
Bung Moktar ketika menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada majlis berbuka puasa Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Sabah di bangunan UMNO Sabah Kota Kinabalu.

 

Andi Muhammad masih berada di dalam barisan kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.


Baca Artikel Menarik:

Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion



Pada 21 Februari lalu, empat ADUN termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Selain itu, ADUN Balung Datuk Hamid Awang juga turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

‘Pengampunan Najb’, tuduhan Muhyiddin pamer sikap dendam dan busuk hati


 



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen



Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu

PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker