Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
Aktres Diana Danielle menafikan insiden suaminya, Farid Kamil mendenda anak perempuan, Nur Aurora selepas memetik cili di rumah jiran menjadi puncanya membuat permohonan cerai.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, menerusi hantaran dalam Instagram Story (IGs) berkata, dia membuat permohonan cerai dua hari sebelum insiden berkenaan.
Malah, Diana yang juga pelakon filem Imaginur menjelaskan, tanggungjawab Farid mendorong kepada berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
“Siapa kata, insiden petik cili menjadi penyebab saya menuntut cerai? Saya meminta cerai dua hari sebelum berlakunya insiden berkenaan, berterusan sehingga hari insiden petik cili. Dia tahu, bukan tak tahu.
“Saya beritahu dia saya mahu failkan perceraian. Dia kata teruskan, malah suruh saya untuk mempercepatkan. Tetapi sekarang berlakon keliru?
Baca Artikel Menarik:
- Hidayah dakwa disihir sejak menjadi balu arwah Abam
- Pulanglah Zalina
-
Sajat : Aku Yang P*ndan Yang Cantik Ni Pun, Takkan Sondol Laki Orang
Ke Mana Perginya Pemimpin UMNO Ketika DS Najib Memerlukan Mereka
“Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah sebabnya berlaku shiqaq berpanjangan. Insiden petik cili memberi kesan pada Aurora sehingga hari ini, dia takut nak jumpa Farid. Awak mahu memaksa dia hanya untuk membuatkan semua orang gembira?,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Diana menyifatkan insiden terbabit bukanlah perkara kecil sehingga perlu menghubungi pihak polis.
“Dia (Farid) boleh melihat ia sebagai perkara kecil, tetapi kemarahan yang saya nampak pada hari itu tidak kecil.
“Sekiranya kecil, kenapa bila saya menelefon polis untuk mengambil kami dari rumah dan polis mengetuk pintu, dia tidak buka?
“Polis mengetuk selama berjam. Menunggu saya untuk mengambil anak-anak menerusi pintu depan, tetapi sebaliknya kami perlu memanjat sebab dia enggan membuka pintu depan. Kenapa?,” tulis Diana.
Baca Artikel Menarik:
- Najib sengaja tidak dibebaskan?
- Sokong kepimpinan baharu, Sulaiman beritahu rakyat Melaka
- Hujah padu dan satu-satunya Hakim yang berpihak kepada Najib Razak
Disebabkan insiden dimarahi selepas memetik cili itu, Diana memaklumkan, Aurora masih terkesan sehingga tidak mahu berjumpa dengan bapanya.
“Muhammad tanya sama ada boleh balik raya di Kedah, pagi tadi. Tetapi, apa yang Aurora katakan, dia kata adakah saya perlu pergi?”
“Saya tidak takut, Aurora berusia 8 tahun. Dia boleh bercakap apa yang dia fikirkan. Kalau orang ramai merasakan saya yang menyuruh Aurora bercakap untuk berapa lama?
“Dia mempunyai perasaan dan mengambil masa berminggu untuk berhenti menangis apabila kami menyebut nama Farid dan insiden itu,” tulisnya.
Dalam hantaran berbeza, Diana mempersoalkan tindakan sesetengah individu yang sukar membuat permohonan maaf secara peribadi.
Baca Artikel Menarik:
- I am such a bad husband – Remy Ishak
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Aliff Syukri buat kontraversi lagi, kini ‘terkinja-kinja’ muzik video raya
“Ia menarik apabila sesetengah individu boleh melakukan satu permohonan maaf secara terbuka, tetapi tidak boleh melakukannya secara peribadi.
“Saya tidak meminta apa-apa lagi. Saya takkan meminta apa-apa lagi. Sudah,” tulisnya.
Terdahulu, Farid menerusi temubual dalam program Melodi yang disiarkan di TV3, hari ini, mendakwa Diana tidak bersetuju dengan tindakan Farid mendenda Aurora berdiri di dinding selepas memetik cili di rumah jiran.
Pada 20 Mac lalu, Diana yang juga aktres memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan tersebut pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.
Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Pasangan mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. BH
Diana dedah punca fail cerai terhadap Farid Kamil
Baca Artikel Menarik:
- Afiq Muiz sudah tiga kali lafazkan cerai – Pachara
- Jailani lupa punca kerajaan tebuk atap pada 2020 – Dr Akmal
- Lelaki ditangkap asyik rakam wanita mandi
- Saintis temui lohong hitam 33 bilion kali lebih besar daripada Matahari
- Sulaiman Md. Ali ‘buka mulut’ mengapa beliau meletak jawatan
- Biodata Artis Pachara Apin, Profail dan Latar Belakang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz