Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 pada kenderaan asing

Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 pada kenderaan asing

Seorang pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand, tiga bulan lepas.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.



Mohammad Naziruddin didakwa sebagai pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan diesel, gagal mematuhi arahan pengawal bekalan dengan menjual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada kenderaan berkenaan, yang melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara-Selatan (Arah Utara) di Rawang, Selangor pada 9.16 pagi, 1 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kedua atau seterusnya boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Siti Fatimah Hannah Abd Wahab dan Pegawai Pendakwa KPDN Nor Wahidah Muhammad manakala Mohammad Naziruddin diwakili peguam Muhammad Syahmi Akif Jamili. Mk



Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 pada kenderaan asing

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular



Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan



‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker